Apa yang menarik di Alor Setar?
Hampir semua orang tanya aku soalan ini apabila aku dan suami membuat keputusan untuk berhijrah dari Johor Bahru ke Alor Setar.
Ya, semua orang pelik kenapa dari bandaraya nak berhijrah ke kawasan bandar biasa sahaja. In fact sebenarnya tak berapa bandar pon. haha
Sebenarnya ada banyak sebab tapi suka aku nak ingatkan diriku bahawa sebab utama aku berhijrah adalah atas izin-Nya dan atas kehendak-Nya. Kami tak rancang pon. Dalam masa sebulan sahaja kami terasa nak pindah, terus jumpa rumah sewa, kemudia pindah!
Kalau korang nak tau kan, rumah sewa tu kami tak tengok pon. Kami booking di Mudah.my. Memang redha sahaja, tengok gambar macam okey, terus bayar duit booking. Alhamdulillah Allah izinkan kami dapat rumah yang kami idamkan. Sebuah rumah teres setingkat, corner lot, jalan tak busy jadi tak risau lepaskan anak main depan rumah serta depan rumah tidak menghadap rumah orang lain so tak yah gaduh parking. hehe
Pendek kata urusan penghijrahan tu amatlah 'smooth' tanpa masalah pon.
Baiklah sekarang aku cerita pula antara sebab-sebab yang menguatkan lagi keputusan penghijrahan kami.
1. Berdikari
Sejak lepas kahwin, kami 'dikatakan' tidak berdikari kerana duduk di rumah emak. Rumah emak aku ni mak aku balik 2 hari sekali sebab mak masih duduk dengan ayah. Tetapi mak sayang rumah tu nak sewakan sebab dah renovate, jadi mak datang juga bermalam di situ setiap weekend dan berselang seli dengan rumah ayah.
Kebetulan sejak belum kahwin lagi memang aku duduk di rumah emak kerana lebih dekat dengan tempat kerjaku. Jadi selepas kahwin mak minta aku terus duduk disitu sambil boleh jaga rumhnya.
Namun pandangan orang sekeliling pula lain hanya kerana kami duduk di rumah emak, kami nampak seperti tidak berdikari. Walaupon segala hal dalam rumah tersebut kami yang ambil tanggungjawab, mak dah tak ambil tahu. Jadi, untuk membuktikan kami mampu berdikari, kami berpindah ke Alor Setar.
2. Selesa
Sebenarnya kami sudah ada niat untuk pindah sudah lama namun Allah belum izinkan.
Nak dijadikan cerita sebenarnya kami dah cuba tinggal di area Bangi-Kajang selama seminggu untuk cuba hidup disitu namun kami rasa semuanya tak seronok. Lagi-lagi bab makan.
Kebetulan kami ada urusan kerja di Alor Setar, kami cuba untuk duduk di sana seminggu juga. Di Alor Setar kami lebih selesa. Makanan, suasana dan persekitarannya membuatkan kami rasa 'attach'.
Tak lama selepas kami pulang dari Alor Setar, kami bincang dan nekad untuk berpindah ke Alor Setar.
3. Makanan Yang Sedap dan Murah
4. Kos Hidup Murah
Seperti yang aku tekankan tadi bahawa aku ni berasal dari Johor Bahru. Bagi sesiapa yang berasal dari JB atau pernah ke JB pastinya tahu bahawa kos hidup di JB sangat tinggi.
Salah satu yang sangat mahal di JB adalah sewa rumah. Ini juga adalah sebab kenapa kami duduk di rumah emak. Emak letak syarat kalau nak pindah kena beli rumah sendiri. Dengan pekerjaan kami sebagai peniaga kecil-kecilan memang susah untuk beli rumah. Sewa rumah pula RM 1000 keatas semuanya.
Yang menarik di Alor Setar, kami dapat rumah sewa rumah teres satu tingkat corner lot hanya RM6++!!
Jauh sangat beza harga dengan rumah sewa di JB.
Makanan dan barang-barang basah juga agak murah berbanding di JB. Aku ada jumpa artikel yang mengatakan Alor Setar merupakan tempat yang ideal untuk sesiapa yang hendak menghabiskan masa tua selepas berpencen. Nampaknya kami pencen awal. Hehe.
Aku rasa buat masa ini itu sahaja yang aku dapat kongsikan buat masa ini. InsyaAllah jika ada point lain yang aku terfikir nanti aku tambah. Aku bukan nak puji melambung Alor Setar ni. Aku hanya kongsikan apa yang menarik di Alor Setar ni sehingga aku nekad berhijrah meninggalkan bandaraya Johor Bahru.
Assalamualaikum.