Monday, May 11, 2015

Pentingnya Gaji Berkat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah masuk bulan yang ke-2 saya menjadi WAHM. Masih terumbang-ambing nak sesuaikan masa menjaga anak dan bekerja. Sangat-sangat mencabar saya rasakan. Namun saya pasti disetiap kesusahan akan diselitkan kesenangan, di setiap kepahitan akan terselit jua kemanisan. Sebagai hambaNya kita perlu yakin dengan Allah dan segala yang telah ditetapkan olehNya untuk kita.

Hari ini saya mahu berkongsi sedikit pengalaman, dalam pahit ada manis, pengalaman bulan pertama menjadi WAHM. Seperti yang semua sedia maklum, saya kini fokus dengan perniagaan perfume. Ada pelbagai jenis perfume original reject, DeXandra Perfume dan juga perfume original (dalam kotak). Alhamdulillah, jualan perfume saya memberangsangkan. 

Berbalik kepada tajuk, harini gaji esok habis, sebenarnya saya ingin berkongsi tentang pendapatan. Pada mulanya saya sangat risau kerana ini kali pertama saya tidak mendapat gaji dan bergantung sepenuhnya dengan hasil jualan. Saya masih ada sebiji kereta yang masih perlu dibayar ansuran bulanan dan beberapa bil utiliti yang lain. 

Saya bersyukur sangat dengan hasil jualan perfume saya mampu membayar semua hutang wajib saya. Kagum pon ada sebenarnya. Memang tak sangka. Malah saya masih boleh belanja barang dapur untuk bulan lepas. Alhamdulillah.

Semasa saya masih bekerja, setiap bulan mendapat gaji hampir rm2000 (gaji saya memang tak banyak 😃), tetapi mungkin kerana tiada keberkatan, hari ini saya mendapat gaji, esok sudah habis semua gaji saya. Duit gaji habis digunakan untuk membayar hutang dan kadangkala tak tahu kemana perginya wang saya. Namun saya percaya semua ini ada kaitan dengan keberkatan. Sedikitnya cukup, banyaknya boleh dibahagikan. 

Saya sedar semasa saya masih bekerja, waktu kerja saya banyak saya habiskan untuk mempromosikan perfume di laman sosial dan melayari internet. Jadi duit gaji saya menjadi tidak berkat. Kini, saya menumpukan 100% kepada perfume, mungkin wang yang saya peroleh lebih berkat. Alhamdulillah, walaupon kini saya hanya duduk dirumah tetapi saya masih boleh hidup seperti masih bekerja dahulu 😃

Kepada sesiapa yang masih menggunakan waktu pejabat untuk berbisnes, nasihat saya hentikanlah. Waktu di pejabat gunakan 100% masa di pejabat untuk membuat kerja pejabat. Cubalah, saya percaya anda akan rasai keberkatannya..


Nur Azwa