Tuesday, September 9, 2014

Pregnancy : Buat Buku Pink

Assalamualaikum

Pada entri pengenalan saya ada bagitahu bahawa sekarang saya sedang mengandung, kan? Alhamdulillah, sekarang kandungan saya sudah memasuki minggu ke-14. Tetapi sudah minggu ke-14 baru sibuk hendak buat buku Pink. Nasib baik tak kena marah dengan jururawat. Kalau ada sesiapa mom-to-be, pergilah buat buku secepat mungkin sebab kita boleh monitor kesihatan kita dari awal mengandung.

Proses membuat buku pink ni tidak susah, tetapi memakan masa yang sangat lama. Biasalah kalau berurusan dengan Klinik Kerajaan, kan. Mujur saya ke Klinik Desa, kalau pergi ke Klinik Kesihatan, pasti lebih lama kena tunggu.

Untuk mendaftar, perlu sediakan i/c suami, i/c isteri dan surat nikah. Ambil nombor dan tunggu sehingga nombor dipanggil. Proses ni sahaja mengambil masa satu jam. Selepas dipanggil, jururawat akan mengambil data-data peribadi kita, sejarah penyakit, berat, tinggi dan kita perlu menjalani ujian air kencing.

Setelah selesai, perlu menunggu di bilik seterusnya untuk mengambil darah bagi ujian Talasemia, HIV dan lain-lain. Suami juga perlu diambil darah untuk ujian-ujian yang sama bagi memastikan ibu dan bapa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Setelah selesai acara mengambil darah, perlu tunggu lagi untuk sesi terakhir, iaitu belajar cara memeriksa payudara (untuk mengesan barah payudara dengan lebih awal). Akhir sekali, jururawat akan beri ubat-ubatan untuk baby seperti asid folik, besi, kalsium dan vitamin.

No comments:

Post a Comment