Monday, November 3, 2014

Berani atau Tidak??

Assalamualaikum..

Anda masih ingat lagi? salah satu sebab saya menulis blog adalah sebagai persediaan untuk menjadi WAHM (Work At Home Mom). Baru-baru ini saya ada suarakan kepada Bos, mahu bekerja dari rumah. Namun seperti yang dijangka, Bos tidak setuju. Bos bagi pilihan, jika mahu bekerja dari rumah, saya akan dianggap sebagai pekerja part time. Bayaran mengikut projek. Sungguh saya tak bersedia untuk itu memikirkan masih ada beberapa hutang yang belum langsai.

Apabila peluang ini datang, ya saya panggil ini peluang, kerana saya masih berpeluang menjana pendapatan cuma pendapatan itu tidak tetap seperti saya bekerja sekarang. Saya bersyukur kerana Allah memberi saya peluang ini. Saya tahu kini apa yang perlu saya lakukan adalah yakin dengan rezeki dari Allah. Saya perlu yakin Allah yang beri kita rezeki. Apabila saya dah nekad untuk berhenti kerja, saya perlu berserah dan yakin bahawa rezeki itu di tangan Allah, bukan di tangan Bos. Allah akan beri kita rezeki mengikut usaha kita. Jika semain banyak kita berusaha, maka banyaklah rezeki yang Allah akan beri.

Saya menjadi dilema apabila memikirkan suami saya. Kasihan pula hati ini melihat sang suami pening memikirkan bagaimana  mahu menampung kehidupan apabila saya sudah berhenti kelak. Saya yakin kami masih mampu hidup cuma tidaklah mewah. Saya yakin suami saya boleh menampung kami, tetapi biasalah pelbagai kegusaran yang timbul hasil bisikan syaitan untuk merosakkan keyakinan kita kepada Allah, kan?

Insya Allah, peluang yang ada ini saya akan ambil apabila tiba masanya nanti. Sabarlah wahai hati.

Lots of love,
Nur Azwa Norazmi

No comments:

Post a Comment