Wednesday, April 22, 2015

Berniaga Mesti Ada Mentor

Assalamualaikum..

Akhir-akhir ini saya seperti kehilangan momentum dan semanagat untuk berniaga. Jualan pon hanya cukup-cukup makan sahaja. Memandangkan saya sudah sepenuhnya menjadi WAHM, saya perlu menaikkan jualan saya. Tetapi kebelakangan ini saya buntu. Jadi, saya buat keputusan untuk ke Kajang berjumpa dengan mentor saya.

Setelah berbincang dari hati ke hati, mentor saya memberi saya beberapa nasihat.

1. BUAT PLAN HARIAN
    Macam mana nak buat plan harian? Ini yang saya selalu GAGAL buat. Plan harian maksudnya kita senaraikan perkara yang hendak dibuat (Things to do), target harini, dan perkara yang perlu diagihkan.
 
   Things to do-senaraikan semua perkara yang saya mahu lakukan hari itu. Semuanya, bukan sekadar yang berkaitan dengan kerja sahaja. Kerja rumah, nak post apa kat fb, nk post apa kt fanpage, nak pergi mana, nak jumpa siapa. Semua kena tulis dalam 'things to do'.

   Target-Target pula kita perlu senaraikan apa yang hendak kita capai pada hari itu. Contohnya, berapa jumlah jualan yang kita mahu capai pada hari itu ataupon berapa jumlah kalori yang kita hen dak capai jika anda seorang yang kira kalori. Senaraikan apa sahaja target yang anda mahu.

   Things to deligate-Agihkan kerja. Walaupon anda WAHM, bukan semua kerja anda boleh lakukan seorang diri. Mungkin anda boleh minta bantuan suami buangkan sampah, ataupon minta bantuan anak sulung menjemur kain. itu semua dibawah kategori "Things to deligate" dan anda perlu menulisnya.

Kenapa kena tulis?
Bila anda menulis, anda lebih ingat dan jadual harian anda akan lebih teratur. Anda lebih jela apa yang anda perlu lakukan setiap hari. Anda ada target untuk dicapai setiap hari dan insyaAllah anda akan menjadi lebih berdisiplin.


2. Nak berniaga kene "HAPPY"
   Syarat utama untuk menarik rezeki adalah anda kena selalu happy. Kalau anda ada masalah pon, ambil ia sebagai yang positif. jangan menarik aura negatif dalam diri anda. Jika ada aura negatif, cepat-cepat tukar menjadi positif.

   Pernah atau tidak anda stress satu hari tu, kemudian semua benda yang anda buat sepanjang hari serba tak kena? Bila anda negatif, semua perkara negatif akan tertarik kepada anda. Jadi pastikan anda sentiasa positif dan HAPPY.

3. SOLAT SUNAT DHUHA
    Sebenarnya ini yang paling penting. Solat sunat dhuha dua or empat rakaat. Minta pada Allah untuk bagi rezeki dan berkati hidup kita pada hari itu. InsyaAllah, Allah makbulkan doa kita. Yang penting kita jangan lupa meminta kerana setiap rezeki yang kita peroleh datang daripada Allah.


Okey, apa kena mengena entry ni dengan tajuk? Sebenarnya saya nak bagitahu, pentingnya berniaga ini kena ada mentor kerana apabila kita "down" kita boleh refer terus kepada mentor kita. Ataupon ketika kita "stuck" dengan perniagaan kita. Mentor akan banyak membantu anda mencari jalan keluar. Kerana apa? kerana mentor kita sudah melalui apa yang anda sedang lalui.

Sekian sahaja daripada saya.

Nak wangi?

Whatsapp saya: 017-7957125 (Wawa)

ataupon terus ke kedai online saya.Klik sini

No comments:

Post a Comment