Sunday, November 27, 2016

Sejuk Perut Ibu Mengandung

Melayan keletah anak kecil yang sedang menerokai dunia ini, sangat mencuit hati.

Tapi terkadang ada juga yang menduga kesabaran.

Firas, 1 tahun 9 bulan, sedang sibuk nak belajar bercakap.

Jadi kita sebagai ibu bapa perlu bercakap perkara yang baik-baik sahaja.

Pernah ada terbaca, katanya bayi sejak usia 3 bulan di dalam rahim ibu sudah mula merakamkan semua yang dia dengar, rasa dalam memori mereka.

Oleh sebab itu, ibu yang mengandung disarankan menjaga emosi.

Harini saya rasa terharu dan gembira yang amat sangat apabila anak syurga ini menyebut,

"Erk..erk..ahamlillah.."

Mula-mula terpinga-pinga juga mama & ayah mentafsir apa si anak cuba sampaikan.

Rupanya,

Erk..erk.. (sambil tepuk perut) maksudnya dah kenyang.

Alhamlillah maksudnya alhamdulillah..

Tak tahu kenapa rasa sebak dan terharu bila dengar. Mungkin ini dilema ibu-ibu :)

Saya semakin yakin bahawa kita memang kena jaga tutur kata sebaiknya sebab anak akan duplicate apa yang kita cakap.

Sekian untuk hari ini :)

Nur Azwa
Stokis DeXandra Jb
017-7957125

No comments:

Post a Comment