Thursday, October 2, 2014

Harga Minyak Naik Lagi??

Assalamualaikum...

Pada entry kali ini saya bukan nak sokong atau bangkang sesiapa pun. Lagipon blog saya bukan blog politik. Anda dah buka FB harini? Saya jamin news feed anda pasti penuh dengan isu "minyak" kan? Saya sedar dengan kenaikan harga petrol dan diesel, pasti harga barangan yang lain pasti akan menyusul. Hal ini kerana kos pengangkutan bertambah. Saya juga faham inilah yang sebenarnya rakyat Malaysia risaukan.

Saya tertarik dengan perkongsian beberapa mentor saya tentang isu kenaikan harga petrol dan diesel ini. Salah seorang mentor saya ialah Dr Azizan Osman. Saya pernah menghadiri seminar beliau pada tahun lepas. Kebetulan pada masa itu, harga petrol baru sahaja dinaikkan. Apabila ada yang bertanya tentang pendapat beliau, dengan berseloroh beliau menjawab,

"Harga minyak naik ke? Tak perasan pulak saya. Audi saya jalan macam biasa je."

Jika kita nilai dari sudut positif, sebenarnya beliau sedang mencabar semua yang hadir pada hari itu untuk tambah kekayaan agar perkara-perkara seperti ini tidak mengganggu kehidupan kita. Cuba anda bayangkan sekiranya pendapatan anda melebihi keperluan anda, pastinya kita tidak akan terbeban dengan kenaikan harga petrol ini kan?

DAO juga ada menyebut, kita hanya insan kerdil yang tiada siapa akan mendengar keluhan kita, merasai kesusahan kita. Oleh itu, kita sendiri kena berusaha agar kita tidak terkesan dengan tindakan golongan atasan kita.



Mentor kedua saya pula, Pn Ernayanee, ada menyebut agar kita membalas dendam dengan kenaikan harga petrol tersebut. Macam mana nak balas dendam? Balas dendam dengan positif. Maksudnya, jika harga petrol naik 20 sen seliter, kita gandakan usaha agar mencapai pendapatan 200 kali ganda dari nilai kenaikan tersebut.

Nasihat Puan Erna, orang lain boleh, kenapa aku tak boleh? Maksudnya disini, orang lain boleh kaya, kenapa aku tak boleh? Cari jalan agar kita semua boleh bebas daripada tekanan kesempitan hidup sebegini. Secara jujurnya, saya juga agak tidak waras apabila mengetahui kenaikan harga minyak semalam. Kecewa kerana tanpa kenaikan pon, gaji hanya sekadar cukup-cukuo makan. Namun kini saya sedar, rezeki kita di tangan Allah. Banyak kita usaha, banyaklah yang kita dapat.

Saya harap  kita semua dapat muhasabah diri dan tidak hanya saling menyalahkan dan mengkeji. Saya bukan orang senang, saya hanya penjual perfume :) .

Lots of love,
Nur Azwa binti Norazmi
0177957125
Shiwawa Perfume Store

No comments:

Post a Comment