Friday, October 10, 2014

Percutian : Terengganu Part 1

Alhamdulillah.. Raya Haji tahun ni dapat sambut di kampung suami di Besut, Terengganu. Saya dan suami bergerak ke Segamat pada 4/10/2014 dahulu kerana ahli keluarga suami yang lain sedang menanti disana. Mereka tiba di Segamat sehari lebih awal kerana mahu berehat memandangkan perjalanan yang jauh menuju ke Terengganu bakal ditempoh.

Kami tiba di Segamat lebih kurang jam 10 pagi dan bergerak ke Terengganu tepat jam 11 pagi. Seramai 9 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak mengikuti rombongan kami dengan menaiki 3 buah kenderaan. Perjalanan kami agak lambat kerana banyak kenderaan dan hujan lebat. Hampir jam 8 malam baru kami tiba di Kampung La, Besut, Terengganu.

Sampai sahaja di Kampung La, ibu saudara suami, Moknik sudah menanti dengan juadah makan malam. Kami terus makan. Selesai makan hidangan yang simple tetapi betul-betul membuka selera, kami bergerak ke homestay. Siap-siap berkenas di homestay, kami terus menuju ke La Hot Spring. Masing-masing teruja smpai tidak sempat menunggu hari esok untuk berendam. :)

No comments:

Post a Comment