Saturday, December 27, 2014

TERJEBAK DENGAN CLOTH DIAPER

Siapa pernah dengar tentang Cloth Diaper or lampin moden ? Sejujurnya, saya pon baru tahu beberapa bulan kebelakangan ini. Pada asalnya, saya tertarik dengan Cloth Pad. Ape pula Cloth Pad ni? Hehe. Jangan pening.

Cloth Pad.


 Cloth Pad ni sejenis menstrual pad yang boleh dicuci dan dipakai semula. Biasanya respons orang sekeliling bila saya terangkan tentang Cloth Pad ni, mesti mereka buat muka jijik. Huhu.. Saya sangat tak faham kenapa mereka perlu beri respons begitu.  Sedangkan pada asalnya, nenek moyang kita pakai kain je sebagai pad. Pada zaman moden ni barulah kita gunakan pad pakai buang tu. Saya tak pasti sejauh mana kebenaran maklumat ini, tetapi saya seringkali terbaca dan terdengar bahawa bahan serapan pada pad pakai buang terdiri daripada kertas-kertas yang dikitar semula dan beberapa bahan kimia yang tidak elok. Sebab tu pad pakai buang boleh menyerap lebih banyak. Itu saya tak pasti. Yang pastinya saya cari Cloth Pad kerana kulit saya allergic jika menggunakan pad pakai buang. Oleh itu, saya mencari alternative untuk menggunakan Cloth Pad.

Sudah menjadi kebiasaan saya akan bertanya kepada ‘Encik Google’ tentang apa-apa produk yang saya berminat. Saya suka membaca pengalaman-pengalaman orang yang telah menggunakan produk tersebut sebelum saya membuat keputusan untuk membeli produk tersebut. Google punya Google terjumpalah saya dengan Cloth Diaper ni (bukan main jauh nak sampai ke tajuk utama..hehe).

Jadi pencarian Google saya pon berubah dari Cloth Pad ke Cloth Diaper. Baca puny baca, memang mencabar sungguh nak pakai cloth diaper ni. Tetapi apa yang buat saya tertarik dengan Cloth Diaper ni, ia  sangat menjimatkan sebenarnya. Pada zaman kini, tanyalah mana-mana ibu bapa pon, mereka pasti pening apabila mengira bajet untuk anak setiap bulan. Lampin pakai buang, susu tepung, bayaran untuk pengasuh, kos perubatan, itu semua seolah-olah senarai wajib untuk anak. Terfikir saya bagaimana ibubapa saya dahulu membesarkan saya. Pada masa itu, ibubapa saya tidak semewah sekarang. Mak tidak bekerja, manakala ayah pula berniaga kecil-kecilan. Bagaimana mereka mampu untuk membesarkan saya? Jawapannya mudah. Ayah tak perlu memikirkan kos untuk lampin pakai buang, susu tepung dan pengasuh. Orang dahulu pakai lampin je. Lepas cuci boleh guna semula. Tak perlu berbelanja besar setiap bulan untuk lampin pakai buang. Selain itu, saya diberi susu ibu 100% sehingga berumur 2 tahun. Jadi, tidak perlu mengeluarkan bajet besar untuk susu tepung. Pengasuh pula? Sudah tentulah mak yang menjaga saya kerana mak tidak bekerja pada masa itu.

All in One Size Cloth Diaper

Dengan adanya lampin moden, dengan pelbagai corak yang menarik, pastinya menambat hati saya untuk cuba menggunakan Cloth Diaper. Selain itu, sebagai bekas pelajar Alam Sekitar, saya sangat tertarik apabila menyedari dengan menggunakan Cloth Diaper, kita boleh membantu menyelamatkan Alam Sekitar. Selama ini saya tertanya-tanya apa yang boleh saya sumbangkan kepada Alam Sekitar kita. Kini saya boleh membantu mengurangkan pencemaran dengan menggunakan Cloth Diaper. Bagaimana? Berapa keeping lampin pakai buang yang anak kita pakai biasanya dalam sehari? 6 keping? 8 keping? 10 keping? Dalam masa setahun kita sudah menyumbang kepada berapa kilo sampah?

Cukupla dahulu sampai sini saya bercerita tentang Cloth Diaper dan Cloth Pad. Next entry saya sambung lagi ye.. J       

No comments:

Post a Comment