Thursday, August 28, 2014

Salam Perkenalan


































Saya bernama Nur Azwa binti Norazmi, berumur 26 tahun. Baru sahaja mendirikan rumahtangga bersama pasangan saya, Mohd Faizuwan pada 2 May 2014. Alhamdulillah, saya kini sedang mengandung 3 bulan.

Saya merupakan seorang graduan Ijazah dengan kepujian Kimia. Menerima Ijazah pada tahun 2010, memulakan pekerjaan sebagai "Chemist" pada 2011 di sebuah kilang kosmetik di Pasir Gudang. Namun, pada  Dec 2012 saya telah menamatkan perkhidmatan saya sebagai seorang "Chemist" dan beralih arah ke bidang lain sebagai "Environmental Engineer". Saya bekerja dengan syarikat "Environmental Consultant" sehingga kini.

Saya sangat meminati bidang perniagaan kerana sejak dari kecil telah diberi pendedahan tentang perniagaan. Pada umur saya 14 tahun, saya sudah mula menolong bapa di bazar Syawal, menjual pakaian bagi sambutan Hari Raya. Sepanjang tempoh belajar, semasa di sekolah mahupun universiti, saya sering terlibat dengan aktiviti-aktiviti perniagaan. Malah, sejak kecil lagi cita-cita saya mahu manjadi Usahawan yang berjaya. Tetapi norma kehidupan masyarakat kita, selepas tamat belajar haruslah mencari pekerjaan yang bagus. Saya juga tidak terkecuali dan terpadamlah hasrat untuk menjadi usahawan berjaya. Namun, setelah bekerja makan gaji selama hampir 4 tahun, dengan pendapatan yang terhad, saya kembali sedar bahawa jika mahu pendapatan lebih, saya perlu berniaga. Maka, saya mula mencari apa yang boleh saya niagakan sebagai pendapatan tambahan. Saya memilih untuk berniaga perfume kerana tidak ramai yang menjual produk ini. 

Apabila sudah berkahwin dan bakal mempunyai cahaya mata, saya berkobar-kobar untuk berhenti kerja. Tetapi saya haruslah memikirkan bagaimana saya boleh mendapat pendapatan walaupun setelah berhenti kerja nanti. Hal ini kerana kos hidup sekarang makin tinggi dan saya tidak mahu membebankan suami saya. Hasil pencarian saya tentang Work At Home Mom (WAHM), saya terjumpa blog Pn Zaila Mohamad dan amat tertarik dengan blog beliau. Saya akhirnya mendaftarkan diri untuk mempelajari tentang Panduan Asas Blog sebagai langkah pertama persediaan untuk berhenti kerja. 

Saya sangat berharap saya dapat membesarkan anak saya sendiri tanpa perlu menghantar anak saya ke rumah pengasuh. Besar harapan saya agar dengan langkah ini, dan dengan bantuan Pn Zaila serta kawan-kawan saya dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi WAHM suati hari nanti.

Wassalam.