Thursday, October 23, 2014

Salam Awal Muharram

Selamat menyambut Awal Muharram bagi semua saudara se Islam.. Semoga dengan terbukanya buku amalan yang baharu, kita akan upgrade amalan kita.. 


Jom baca doa akhir tahun selepas waktu Asar sebelum waktu Maghrib & baca doa Awal Tahun selepas waktu Maghrib..

Thursday, October 16, 2014

Promosi Oktober

Assalamualaikum..

Harini saya nak umumkan di Shiwawa Perfume Store ada buat promosi untuk E-inspired Perfume.

Jemput singgah di Fanpage saya (ada link di banner sebelah kanan) ataupun boleh Whatsapp saya di talian 0177957125.

Harga normal : RM 60 + RM 6 (postage)
Harga promosi : RM 110 (2 botol) + free postage








Friday, October 10, 2014

Percutian : Terengganu Part 1

Alhamdulillah.. Raya Haji tahun ni dapat sambut di kampung suami di Besut, Terengganu. Saya dan suami bergerak ke Segamat pada 4/10/2014 dahulu kerana ahli keluarga suami yang lain sedang menanti disana. Mereka tiba di Segamat sehari lebih awal kerana mahu berehat memandangkan perjalanan yang jauh menuju ke Terengganu bakal ditempoh.

Kami tiba di Segamat lebih kurang jam 10 pagi dan bergerak ke Terengganu tepat jam 11 pagi. Seramai 9 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak mengikuti rombongan kami dengan menaiki 3 buah kenderaan. Perjalanan kami agak lambat kerana banyak kenderaan dan hujan lebat. Hampir jam 8 malam baru kami tiba di Kampung La, Besut, Terengganu.

Sampai sahaja di Kampung La, ibu saudara suami, Moknik sudah menanti dengan juadah makan malam. Kami terus makan. Selesai makan hidangan yang simple tetapi betul-betul membuka selera, kami bergerak ke homestay. Siap-siap berkenas di homestay, kami terus menuju ke La Hot Spring. Masing-masing teruja smpai tidak sempat menunggu hari esok untuk berendam. :)

Pregnancy : Week 18

Alhamdulillah..kandungan saya sudah masuk ke-18 (4 bulan setengah). Semasa kandungan berumur 5 minggu sibuk pegi scan tapi haruslah belum nampak apa-apa lagi kan. Setelah kandungan cukup 18 bulan, saya pergi scan lagi sebab nak yakinkan diri ada sesuatu yang saya bawa dalam perut saya. Selagi tak pergi scan, xnampak sendiri apa yang berada dalam perut saya ni, saya tak yakin.

Subhanallah... Macam nak menitis air mata, tak tahu nak gambarkan perasaan apabila doktor mula scan dan kelihatan susuk tubuh bayi saya. Sudah lengkap semuanya. Ada kepala, badan, kaki dan tangan. Sungguh tak tergambar perasaan ketika itu. Ya Allah, sungguh besar kekuasaan-Mu. Saya betul-betul tak sangka ada tubuh lain didalam rahim saya. Saya rasa baru semalam saya menamatkan zaman persekolahan, masih mentah, masih banyak ilmu kehidupan yang saya belum pelajari, goreng ikan pun kadang-kadang failed! Namun kini, dalam masa beberapa bulan saya bakal bergelar ibu. Sungguh tidak ku sangka. 

Syukur sepanjang kehamilan pertama ini, saya tidak mengalami alahan yang teruk, cuma kerap kena serangan asma. Kalau dahulu, saya boleh bertahan tanpa inhaler, tapi kini inhaler menjadi peneman setia. Tidak mengapalah, untuk anak dalam kandungan, saya rela berkepit dengan inhaler.

Selepas scan, anak dalam kandungan seolah mengerti, terlalu aktif pula dia didalam. Asyik bergerak-gerak. Memang sakit sedikit, tetapi itulah pengalaman yang paling menyeronokkan bagi semua ibu-ibu. Alhamdulillah ya Allah, kau beri peluang untuk aku merasai pengalaman ini. Aku bersyukur sangat.

Lots of love,
Nur Azwa Norazmi

Thursday, October 2, 2014

Harga Minyak Naik Lagi??

Assalamualaikum...

Pada entry kali ini saya bukan nak sokong atau bangkang sesiapa pun. Lagipon blog saya bukan blog politik. Anda dah buka FB harini? Saya jamin news feed anda pasti penuh dengan isu "minyak" kan? Saya sedar dengan kenaikan harga petrol dan diesel, pasti harga barangan yang lain pasti akan menyusul. Hal ini kerana kos pengangkutan bertambah. Saya juga faham inilah yang sebenarnya rakyat Malaysia risaukan.

Saya tertarik dengan perkongsian beberapa mentor saya tentang isu kenaikan harga petrol dan diesel ini. Salah seorang mentor saya ialah Dr Azizan Osman. Saya pernah menghadiri seminar beliau pada tahun lepas. Kebetulan pada masa itu, harga petrol baru sahaja dinaikkan. Apabila ada yang bertanya tentang pendapat beliau, dengan berseloroh beliau menjawab,

"Harga minyak naik ke? Tak perasan pulak saya. Audi saya jalan macam biasa je."

Jika kita nilai dari sudut positif, sebenarnya beliau sedang mencabar semua yang hadir pada hari itu untuk tambah kekayaan agar perkara-perkara seperti ini tidak mengganggu kehidupan kita. Cuba anda bayangkan sekiranya pendapatan anda melebihi keperluan anda, pastinya kita tidak akan terbeban dengan kenaikan harga petrol ini kan?

DAO juga ada menyebut, kita hanya insan kerdil yang tiada siapa akan mendengar keluhan kita, merasai kesusahan kita. Oleh itu, kita sendiri kena berusaha agar kita tidak terkesan dengan tindakan golongan atasan kita.



Mentor kedua saya pula, Pn Ernayanee, ada menyebut agar kita membalas dendam dengan kenaikan harga petrol tersebut. Macam mana nak balas dendam? Balas dendam dengan positif. Maksudnya, jika harga petrol naik 20 sen seliter, kita gandakan usaha agar mencapai pendapatan 200 kali ganda dari nilai kenaikan tersebut.

Nasihat Puan Erna, orang lain boleh, kenapa aku tak boleh? Maksudnya disini, orang lain boleh kaya, kenapa aku tak boleh? Cari jalan agar kita semua boleh bebas daripada tekanan kesempitan hidup sebegini. Secara jujurnya, saya juga agak tidak waras apabila mengetahui kenaikan harga minyak semalam. Kecewa kerana tanpa kenaikan pon, gaji hanya sekadar cukup-cukuo makan. Namun kini saya sedar, rezeki kita di tangan Allah. Banyak kita usaha, banyaklah yang kita dapat.

Saya harap  kita semua dapat muhasabah diri dan tidak hanya saling menyalahkan dan mengkeji. Saya bukan orang senang, saya hanya penjual perfume :) .

Lots of love,
Nur Azwa binti Norazmi
0177957125
Shiwawa Perfume Store

Wednesday, October 1, 2014

Testimoni E-inspired Perfume

Assalamualaikum..

Kali ni, saya nak hidangkan kepada anda semua testimoni pengguna-pengguna E-inspired Perfume. E-inspired Perfume ni, walaupun bukan original, tetapi kualitinya sama dengan original. Tak percaya? Bacalah testimoni-testimoni ni:













Amacam? Best ke best? Masih tak percaya? Cubalah sendiri! hehe

Lots of love,
Nur Azwa Binti Norazmi
0177957125
Shiwawa Perfume Store