Tuesday, April 28, 2015

Car Boot Sale

Bismillahirrahmanirrahim....

Siapa pernah dengar tentang 'car boot sale'? Car boot sale ni orang melayu panggil jualan buka bonet. Sekarang saya bersama suami merancang untuk mengikuti jualan buka bonet atau 'car boot sale' di sekitar Johor Bahru.

Car Boot Sale (gambar dari Google)
Kenapa saya mahu sertai 'Car Boot Sale' ni?

1. Saya menjual minyak wangi (perfume). Ramai pelanggan yang meminta untuk cuba bau dahulu, baru beli. Terlalu ramai pelanggan yang bertanya begitu. Maka saya fikir sudah tiba masanya untuk saya terlibat dengan cara 'offline' pula.

2. Apabila menyertai 'Car Boot Sale' (CBS) ni, lebih senang pelanggan berjumpa dengan saya. Kerana ramai juga pelanggan yang lebih suka COD (Cash on delivery). Bukan semua orang percaya dan suka berbelanja secara atas talian (online).

3. Saya kini aktif memperkenalkan DeXandra kepada para pelanggan. DeXandra merupakan produk baru. Jadi pelanggan lebih selesa jika mereka dapat mencuba secara fizikal sebelum membuat keputusan untuk membeli.

DeXandra Perfume


4. Saya mahu lebih ramai warga Johor Bahru mengenali perniagaan saya. :)


CBS mana yang akan saya sertai?

Ada beberapa CBS yang berada dalam senarai saya. Antaranya:

1. CBS Mydin Taman Rinting
2. CBS Pasir Gudang
3. CBS RnR Pandan
4. CBS Nusa Idaman, Nusajaya
5. CBS Peladang

Saya perlu memilih salah satu sahaj kerana semua CBS pada hari yang sama, iaitu setiap Jumaat dan Sabtu malam.

Semoga rezeki kami sekeluarga semakin bertambah selepas ini. Saya percaya Allah akan bagi kita rezeki dimana-mana asalkan kita berusaha. :)


Nak beli perfume?
Whatsapp saya 017-7957125
or terus ke online shop saya.

Wednesday, April 22, 2015

Berniaga Mesti Ada Mentor

Assalamualaikum..

Akhir-akhir ini saya seperti kehilangan momentum dan semanagat untuk berniaga. Jualan pon hanya cukup-cukup makan sahaja. Memandangkan saya sudah sepenuhnya menjadi WAHM, saya perlu menaikkan jualan saya. Tetapi kebelakangan ini saya buntu. Jadi, saya buat keputusan untuk ke Kajang berjumpa dengan mentor saya.

Setelah berbincang dari hati ke hati, mentor saya memberi saya beberapa nasihat.

1. BUAT PLAN HARIAN
    Macam mana nak buat plan harian? Ini yang saya selalu GAGAL buat. Plan harian maksudnya kita senaraikan perkara yang hendak dibuat (Things to do), target harini, dan perkara yang perlu diagihkan.
 
   Things to do-senaraikan semua perkara yang saya mahu lakukan hari itu. Semuanya, bukan sekadar yang berkaitan dengan kerja sahaja. Kerja rumah, nak post apa kat fb, nk post apa kt fanpage, nak pergi mana, nak jumpa siapa. Semua kena tulis dalam 'things to do'.

   Target-Target pula kita perlu senaraikan apa yang hendak kita capai pada hari itu. Contohnya, berapa jumlah jualan yang kita mahu capai pada hari itu ataupon berapa jumlah kalori yang kita hen dak capai jika anda seorang yang kira kalori. Senaraikan apa sahaja target yang anda mahu.

   Things to deligate-Agihkan kerja. Walaupon anda WAHM, bukan semua kerja anda boleh lakukan seorang diri. Mungkin anda boleh minta bantuan suami buangkan sampah, ataupon minta bantuan anak sulung menjemur kain. itu semua dibawah kategori "Things to deligate" dan anda perlu menulisnya.

Kenapa kena tulis?
Bila anda menulis, anda lebih ingat dan jadual harian anda akan lebih teratur. Anda lebih jela apa yang anda perlu lakukan setiap hari. Anda ada target untuk dicapai setiap hari dan insyaAllah anda akan menjadi lebih berdisiplin.


2. Nak berniaga kene "HAPPY"
   Syarat utama untuk menarik rezeki adalah anda kena selalu happy. Kalau anda ada masalah pon, ambil ia sebagai yang positif. jangan menarik aura negatif dalam diri anda. Jika ada aura negatif, cepat-cepat tukar menjadi positif.

   Pernah atau tidak anda stress satu hari tu, kemudian semua benda yang anda buat sepanjang hari serba tak kena? Bila anda negatif, semua perkara negatif akan tertarik kepada anda. Jadi pastikan anda sentiasa positif dan HAPPY.

3. SOLAT SUNAT DHUHA
    Sebenarnya ini yang paling penting. Solat sunat dhuha dua or empat rakaat. Minta pada Allah untuk bagi rezeki dan berkati hidup kita pada hari itu. InsyaAllah, Allah makbulkan doa kita. Yang penting kita jangan lupa meminta kerana setiap rezeki yang kita peroleh datang daripada Allah.


Okey, apa kena mengena entry ni dengan tajuk? Sebenarnya saya nak bagitahu, pentingnya berniaga ini kena ada mentor kerana apabila kita "down" kita boleh refer terus kepada mentor kita. Ataupon ketika kita "stuck" dengan perniagaan kita. Mentor akan banyak membantu anda mencari jalan keluar. Kerana apa? kerana mentor kita sudah melalui apa yang anda sedang lalui.

Sekian sahaja daripada saya.

Nak wangi?

Whatsapp saya: 017-7957125 (Wawa)

ataupon terus ke kedai online saya.Klik sini

Marketing Tanpa Modal

Copy from FB Felinna Nadea Ad Fattah
Macamana parcel kakfel bertimbun hari2? Macamana business butik kakfel berkembang maju sgt? Macamna jual inchloss 1.5juta botol dlm masa 6bulan?
Ok ni yg kakfel janjikan utk kalian...
Kakfel selalu yakin dengan janji Allah, aku buat baik Allah bagi yg baik utk aku malah inshaAllah lebih baik...
Kakfel bukan tergolong dalam org yg mengaji pondok atau dibesarkan sbg bijak pandai agama. Kakfel kategori nakal2 jugak dulu..
Tapi perniagaan benar2 mengajar kakfel utk balik ke jalan Allah, bukan sebab keuntungan semata dah.. Sbb kakfel dh jatuh hati dgn ketenangan yg kakfel dpt, dgn semua keindahan dunia yg kakfel rasa buat kakfel takut utk berbuat salah.
Ok sedikit perkongsian amalan utk naikkan rezeki.
Waktu subuh mulakan dengan solat sunat 2 rakaat kerna Allah dh janjikan siapa mulakan harinya dngan solat sunat 2rakaat di awal hari, akan dicukupkan rezeki seharian.
Kemudian buat dhuha 2/ 4 rakaat dan kalau rajin buat 8rakaat . Lebih baik buat 4 secara konsisten.
Solat zohor /asar/maghrib/isyak
Walau penat walau xlarat,walau xcukup tido,
Tahajud jangan dilupa! Buat solat taubat setiap 2 ke 3 hari
Mintak maaf kat suami setiap malam,maafkan juga org keliling yg sakiti kita setiap malam....bersihkan hati dan lihat dunia ini indah serta selalu takutkan diri dgn neraka
Antara amalan lain, jaga ibu n bapa banyakkan membaca quran, banyakkan muhasabah diri, rajin memperbaiki diri dan jangan sesekali melihat kesilapan org lain shj, nampak and kaji diri dahulu...
sedekah jangan dilupa tapi nanti kakfel kupas pasal sedekah di topik lain sbb sedekah pon ada tips2 gak.
Sesungguhnya keikhlasan akan dtg kemudian walau awal kita paksa utk buat semua ni...
Trust me, semua perkara akan jadi mudah and semua perkara akan jadi tenang...anda akan kuat!
Semoga perkongsian memberi manfaat..kakfel xda nak share tips marketing sbb bagi kakfel ini lah marketing strategy yg paling mudah dan xkeluarkan duit...
Sebab apa kakfel kata ni tips marketing mudah,sebab nya kita minta terus dgn Allah yakni DIA yg bagi rezeki kat kita ,kita fokus hanya kepada Allah dan kita yakin Dialah yg menjadikan siapa kita...

Thursday, April 16, 2015

Bau Macam Ori

Harini Wawa nak share feedback customer tentang perfume DeXandra. Kalau nak tau, perfume DeXandra ni perfume yang diinspirasikan dari jenama-jenama terkenal seperti chanel, lancome dan gucci. Yang paling Wawa suka tentang perfume DeXandra ni semuanya EDP. Jadi tidak hairanlah kalau perfume DeXandra tahan lebih lama.

Testimoni dari Wawa sendiri, suami Wawa jenis yang suka perfume dan suka wangi. Dia sangat risau kalau orang lain boleh hidu bau badan dia. Dia akan sembur banyak setiap kali pakai perfume. Tapi selepas beberapa jam, dia dah tak bau perfume dari badan dia. Tapi orang lain masih boleh bau perfume dia. Wawa cadangkan pada dia untuk mencuba DeXandra perfume. Pada mulanya memang dia macam pandang rendah kat DeXandra. Ambil masa lama juga baru dia cuba. Bila saya tanya pendapat dia tentang DeXandra, dia cakap,

"Rimasla pakai perfume ni. Orang masih boleh bau walaupun dah petang."

Ingatkan kenpa la dia rimas, rupanya sebab DeXandra ni bagus sangat. Hehe
okla wawa tepek beberapa feedback dari pelanggan2 wawa pula ye.

Jom singgah ShiwawaPerfumeStore

Wednesday, April 15, 2015

Perfume Original Reject : Absolutely Me by Escada

Kalau anda seorang yang gemarkan bau manis dan fruity, boleh cuba Absolutely Me by Escada ni. Gerenti tak menyesal!!!
Gabungan bau vanila dan buah-buahan sememangnya gabungan yang perfect! Tapi hati-hati bila memakai perfume ni. Takut dihurung semut pula, sebab sweet sgt!!! hehe
Whatsapp saya segera!! 0177957125

Tuesday, April 14, 2015

Bulan Pertama Menjadi WAHM

Assalamualaikum..



Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya dengan semua pembaca pengalaman bulan pertama saya menjadi WAHM.

Kalau anda mengikuti perkembangan saya, pastinya anda tahu bahawa saya baru lepas bersalin, baby Firas sekarang berumur 2 bulan. Sekejap sahaja rasa masa berlalu.

Sejujurnya saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan dunia baru ni. Ada hari yang saya tak dapat nak buat kerja saya langsung. Dah tak kira macam WAHM pulak kan. Memang bukan senang jadi suri rumah dan dalam masa yang sama bekerja. Saya yang anak seorang pun dah tak terurus dirasakan, bagaimana pula WAHM yang mempunyai lebih dari seorang anak menguruskan masa mereka ya? Saya sangat respek dengan mereka.

Saya sudah sediakan jadual untuk diri sendiri, tapi tidak disiplin dan kadangkala baby Firas meragam. Itu yang menyebabkan jadual saya turut 'meragam'. Disini saya kongsikan jadual waktu saya. Mungkin ada WAHM yang lain boleh komen. Hehe..

5.30 am - 6.30 am ---->> Bangun, mandi, solat
6.30 am - 8.00 am ---->> Work
8.00 am - 10.00 am --->> Breakfast & siapkan baby Firas
10.00 am - 12.00 pm --->> Housework
12.00 pm - 2.00 pm ---->> Rest & lunch
2.00 pm - 4..00 pm ---->> Work
4.00 pm - 12.00 am ---->> Housework, mandikan firas, solat etc
12.00 am - 2.00 am ---->> Work
2.00 am - 5.30 am ----->> Sleep

Tapi biasanya saya dapat buat kerja awal pagi dan lewat malam sahaja!! Huwaaaaa Lewat malam pon kalau baby Firas dah tido. Kalau tak, tak dapatla...



Walaubagaimanapon, saya bersyukur sebab saya berpeluang menjadi WAHM. Semoga saya terus tabah, gigih dan rajin menghadapi cabaran menjadi 'Work At Home Mom'. Saya harap kawan-kawan di Akademi yang sudah menjadi WAHM sudi memberi tunjuk ajar dan sokongan. :)

Perfume Original Reject : Encounter Fresh Calvin Klein

Abang-abang sado yang nk kelihatan fresh dari pagi sampai petang, Encounter Fresh keluaran Calvin Klein ni sangat-sangat sesuai. 

Gabungan bau citrus & woody memberikan aroma yang sangat segar. Pagi-pagi kalau sembur perfume ni confirm mata terus ternbeliak..takde dah ngantuk2 nak pegi keje.. 

boleh whatsapp wawa 017-7957125

or visit

www.shiwawaperfume.com



Monday, April 13, 2015

DeXandra Perfume: Katty Perry Purr

Katty Perry Purr.



Bukan awak jer ada perfume.
Kucing pun ada perfume jugaks.
Nak wangi wangi.

Perfume ni bau seksi abis!
Ada bau vanilla.
Ada bau manis manis.

Yang suka manis manis tu boleh la try perfume ni.
Simpan dalam koleksi.

Yang nak pakai Original tapi nak murah.
Memang sesuai sangat Katty Perry Purr by Dexandra Perfumes ni.

Hanya RM65.00 jer tau.
Murah jer kan.
35ml.

Boleh letak dalam handbeg yang penting.
Bawak ke mana mana.


To order whatsapp : 0177957125

or visit Perfume Shop



Monday, April 6, 2015

Hari Pertama ber 'Cloth Diaper'

Writer : Nur Azwa Norazmi

Mama super excited harini sebab dah lama tunggu baby mama boleh pki CD ni..sejak baby dari dalam perut lagi mama dah tak sabar nak tengok baby pakai cloth diaper.

Tapi disebabkan baby mama kecil sangat, belum sesuai pakai cloth diaper. Akhirnya setelah baby mama berumur 2 bulan, baby mama dah boleh pakai cloth diaper!!

Alhamdulillah..harap-harap mama istiqamah dan rajin..hehe