Wednesday, October 7, 2015

Alhamdulillah...Saya kini bergelar Stokis Dexandra Perfume Negeri Johor!!!

Alhamdulillah...

Bulan September yang lepas saya sudah dilantik secara sah sebagai Stokis DeXandra Perfume bagi Negeri Johor.

Alhamdulillah...

Sememangnya menjadi 'target' saya untuk bergelar stokis semasa saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Alhamdulillah impian sudah menjadi kenyataan...

Saya masih mencari Agen Sah DeXandra untuk bersama-sama saya menjana pendapatan dari rumah.

Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya di talian 017-7957125.


Wednesday, August 5, 2015

Betul ke kau dah berhenti kerja?



Bismillahirrahmanirrahim....

Time raya haritu ramai betul yang tanya soalan ni. Betulke kau dah berhenti kerja.? Yup. Alhamdulillah..bulan ni masuk 6 bulan saya, Nur Azwa Norazmi​ aka Wawa menjadi suri rumah sepenuh masa or WAHM (work at home mom). Tapi saya surirumah yang ada pendapatan, sbb tu namanya WAHM. Saya rasa dah ramai yang tahu saya menjual perfume. Sampai ada yang cakap, "FB ko ni asyik post pasal perfume je!" hehe..okla kan post pasal perfume daripada post benda-benda lagha..hihi

Alhamdulillah, selama 6 bulan ni saya survive dengan hasil penjualan perfume. Saya masih bayar ansuran bulanan kereta myvi saya, bayar bil telefon, bayar bil internet (p1) dan lain-lain. Alhamdulillah, syukur sangat saya mampu bayar semua tu hanya dengan menjual perfume.

Kenapa saya share kisah saya ni? Saya bukan nak banggan diri. Kadang-kadang saya pon tak percaya saya tak kerja, tapi masih boleh hidup biarpon tak mewah. Semuanya atas usaha kita sendriri sebenarnya.

So, harini saya mahu mengajak kawan-kawan yang ada masalah kewangan, yang ada plan nak berhenti kerja ataupon surirumah yang mahu mencari pendapatan lebih untuk membantu suami, boleh PM or whatsapp saya, 017-7957125 (wawa) kerana saya sedang mencari agen & dropship area Johor Bahru (diutamakan) untuk bersama-sama saya menjana pendapatan.






#dexandraperfume
#agendropship

Monday, May 11, 2015

Pentingnya Gaji Berkat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah masuk bulan yang ke-2 saya menjadi WAHM. Masih terumbang-ambing nak sesuaikan masa menjaga anak dan bekerja. Sangat-sangat mencabar saya rasakan. Namun saya pasti disetiap kesusahan akan diselitkan kesenangan, di setiap kepahitan akan terselit jua kemanisan. Sebagai hambaNya kita perlu yakin dengan Allah dan segala yang telah ditetapkan olehNya untuk kita.

Hari ini saya mahu berkongsi sedikit pengalaman, dalam pahit ada manis, pengalaman bulan pertama menjadi WAHM. Seperti yang semua sedia maklum, saya kini fokus dengan perniagaan perfume. Ada pelbagai jenis perfume original reject, DeXandra Perfume dan juga perfume original (dalam kotak). Alhamdulillah, jualan perfume saya memberangsangkan. 

Berbalik kepada tajuk, harini gaji esok habis, sebenarnya saya ingin berkongsi tentang pendapatan. Pada mulanya saya sangat risau kerana ini kali pertama saya tidak mendapat gaji dan bergantung sepenuhnya dengan hasil jualan. Saya masih ada sebiji kereta yang masih perlu dibayar ansuran bulanan dan beberapa bil utiliti yang lain. 

Saya bersyukur sangat dengan hasil jualan perfume saya mampu membayar semua hutang wajib saya. Kagum pon ada sebenarnya. Memang tak sangka. Malah saya masih boleh belanja barang dapur untuk bulan lepas. Alhamdulillah.

Semasa saya masih bekerja, setiap bulan mendapat gaji hampir rm2000 (gaji saya memang tak banyak 😃), tetapi mungkin kerana tiada keberkatan, hari ini saya mendapat gaji, esok sudah habis semua gaji saya. Duit gaji habis digunakan untuk membayar hutang dan kadangkala tak tahu kemana perginya wang saya. Namun saya percaya semua ini ada kaitan dengan keberkatan. Sedikitnya cukup, banyaknya boleh dibahagikan. 

Saya sedar semasa saya masih bekerja, waktu kerja saya banyak saya habiskan untuk mempromosikan perfume di laman sosial dan melayari internet. Jadi duit gaji saya menjadi tidak berkat. Kini, saya menumpukan 100% kepada perfume, mungkin wang yang saya peroleh lebih berkat. Alhamdulillah, walaupon kini saya hanya duduk dirumah tetapi saya masih boleh hidup seperti masih bekerja dahulu 😃

Kepada sesiapa yang masih menggunakan waktu pejabat untuk berbisnes, nasihat saya hentikanlah. Waktu di pejabat gunakan 100% masa di pejabat untuk membuat kerja pejabat. Cubalah, saya percaya anda akan rasai keberkatannya..


Nur Azwa

Tuesday, April 28, 2015

Car Boot Sale

Bismillahirrahmanirrahim....

Siapa pernah dengar tentang 'car boot sale'? Car boot sale ni orang melayu panggil jualan buka bonet. Sekarang saya bersama suami merancang untuk mengikuti jualan buka bonet atau 'car boot sale' di sekitar Johor Bahru.

Car Boot Sale (gambar dari Google)
Kenapa saya mahu sertai 'Car Boot Sale' ni?

1. Saya menjual minyak wangi (perfume). Ramai pelanggan yang meminta untuk cuba bau dahulu, baru beli. Terlalu ramai pelanggan yang bertanya begitu. Maka saya fikir sudah tiba masanya untuk saya terlibat dengan cara 'offline' pula.

2. Apabila menyertai 'Car Boot Sale' (CBS) ni, lebih senang pelanggan berjumpa dengan saya. Kerana ramai juga pelanggan yang lebih suka COD (Cash on delivery). Bukan semua orang percaya dan suka berbelanja secara atas talian (online).

3. Saya kini aktif memperkenalkan DeXandra kepada para pelanggan. DeXandra merupakan produk baru. Jadi pelanggan lebih selesa jika mereka dapat mencuba secara fizikal sebelum membuat keputusan untuk membeli.

DeXandra Perfume


4. Saya mahu lebih ramai warga Johor Bahru mengenali perniagaan saya. :)


CBS mana yang akan saya sertai?

Ada beberapa CBS yang berada dalam senarai saya. Antaranya:

1. CBS Mydin Taman Rinting
2. CBS Pasir Gudang
3. CBS RnR Pandan
4. CBS Nusa Idaman, Nusajaya
5. CBS Peladang

Saya perlu memilih salah satu sahaj kerana semua CBS pada hari yang sama, iaitu setiap Jumaat dan Sabtu malam.

Semoga rezeki kami sekeluarga semakin bertambah selepas ini. Saya percaya Allah akan bagi kita rezeki dimana-mana asalkan kita berusaha. :)


Nak beli perfume?
Whatsapp saya 017-7957125
or terus ke online shop saya.

Wednesday, April 22, 2015

Berniaga Mesti Ada Mentor

Assalamualaikum..

Akhir-akhir ini saya seperti kehilangan momentum dan semanagat untuk berniaga. Jualan pon hanya cukup-cukup makan sahaja. Memandangkan saya sudah sepenuhnya menjadi WAHM, saya perlu menaikkan jualan saya. Tetapi kebelakangan ini saya buntu. Jadi, saya buat keputusan untuk ke Kajang berjumpa dengan mentor saya.

Setelah berbincang dari hati ke hati, mentor saya memberi saya beberapa nasihat.

1. BUAT PLAN HARIAN
    Macam mana nak buat plan harian? Ini yang saya selalu GAGAL buat. Plan harian maksudnya kita senaraikan perkara yang hendak dibuat (Things to do), target harini, dan perkara yang perlu diagihkan.
 
   Things to do-senaraikan semua perkara yang saya mahu lakukan hari itu. Semuanya, bukan sekadar yang berkaitan dengan kerja sahaja. Kerja rumah, nak post apa kat fb, nk post apa kt fanpage, nak pergi mana, nak jumpa siapa. Semua kena tulis dalam 'things to do'.

   Target-Target pula kita perlu senaraikan apa yang hendak kita capai pada hari itu. Contohnya, berapa jumlah jualan yang kita mahu capai pada hari itu ataupon berapa jumlah kalori yang kita hen dak capai jika anda seorang yang kira kalori. Senaraikan apa sahaja target yang anda mahu.

   Things to deligate-Agihkan kerja. Walaupon anda WAHM, bukan semua kerja anda boleh lakukan seorang diri. Mungkin anda boleh minta bantuan suami buangkan sampah, ataupon minta bantuan anak sulung menjemur kain. itu semua dibawah kategori "Things to deligate" dan anda perlu menulisnya.

Kenapa kena tulis?
Bila anda menulis, anda lebih ingat dan jadual harian anda akan lebih teratur. Anda lebih jela apa yang anda perlu lakukan setiap hari. Anda ada target untuk dicapai setiap hari dan insyaAllah anda akan menjadi lebih berdisiplin.


2. Nak berniaga kene "HAPPY"
   Syarat utama untuk menarik rezeki adalah anda kena selalu happy. Kalau anda ada masalah pon, ambil ia sebagai yang positif. jangan menarik aura negatif dalam diri anda. Jika ada aura negatif, cepat-cepat tukar menjadi positif.

   Pernah atau tidak anda stress satu hari tu, kemudian semua benda yang anda buat sepanjang hari serba tak kena? Bila anda negatif, semua perkara negatif akan tertarik kepada anda. Jadi pastikan anda sentiasa positif dan HAPPY.

3. SOLAT SUNAT DHUHA
    Sebenarnya ini yang paling penting. Solat sunat dhuha dua or empat rakaat. Minta pada Allah untuk bagi rezeki dan berkati hidup kita pada hari itu. InsyaAllah, Allah makbulkan doa kita. Yang penting kita jangan lupa meminta kerana setiap rezeki yang kita peroleh datang daripada Allah.


Okey, apa kena mengena entry ni dengan tajuk? Sebenarnya saya nak bagitahu, pentingnya berniaga ini kena ada mentor kerana apabila kita "down" kita boleh refer terus kepada mentor kita. Ataupon ketika kita "stuck" dengan perniagaan kita. Mentor akan banyak membantu anda mencari jalan keluar. Kerana apa? kerana mentor kita sudah melalui apa yang anda sedang lalui.

Sekian sahaja daripada saya.

Nak wangi?

Whatsapp saya: 017-7957125 (Wawa)

ataupon terus ke kedai online saya.Klik sini

Marketing Tanpa Modal

Copy from FB Felinna Nadea Ad Fattah
Macamana parcel kakfel bertimbun hari2? Macamana business butik kakfel berkembang maju sgt? Macamna jual inchloss 1.5juta botol dlm masa 6bulan?
Ok ni yg kakfel janjikan utk kalian...
Kakfel selalu yakin dengan janji Allah, aku buat baik Allah bagi yg baik utk aku malah inshaAllah lebih baik...
Kakfel bukan tergolong dalam org yg mengaji pondok atau dibesarkan sbg bijak pandai agama. Kakfel kategori nakal2 jugak dulu..
Tapi perniagaan benar2 mengajar kakfel utk balik ke jalan Allah, bukan sebab keuntungan semata dah.. Sbb kakfel dh jatuh hati dgn ketenangan yg kakfel dpt, dgn semua keindahan dunia yg kakfel rasa buat kakfel takut utk berbuat salah.
Ok sedikit perkongsian amalan utk naikkan rezeki.
Waktu subuh mulakan dengan solat sunat 2 rakaat kerna Allah dh janjikan siapa mulakan harinya dngan solat sunat 2rakaat di awal hari, akan dicukupkan rezeki seharian.
Kemudian buat dhuha 2/ 4 rakaat dan kalau rajin buat 8rakaat . Lebih baik buat 4 secara konsisten.
Solat zohor /asar/maghrib/isyak
Walau penat walau xlarat,walau xcukup tido,
Tahajud jangan dilupa! Buat solat taubat setiap 2 ke 3 hari
Mintak maaf kat suami setiap malam,maafkan juga org keliling yg sakiti kita setiap malam....bersihkan hati dan lihat dunia ini indah serta selalu takutkan diri dgn neraka
Antara amalan lain, jaga ibu n bapa banyakkan membaca quran, banyakkan muhasabah diri, rajin memperbaiki diri dan jangan sesekali melihat kesilapan org lain shj, nampak and kaji diri dahulu...
sedekah jangan dilupa tapi nanti kakfel kupas pasal sedekah di topik lain sbb sedekah pon ada tips2 gak.
Sesungguhnya keikhlasan akan dtg kemudian walau awal kita paksa utk buat semua ni...
Trust me, semua perkara akan jadi mudah and semua perkara akan jadi tenang...anda akan kuat!
Semoga perkongsian memberi manfaat..kakfel xda nak share tips marketing sbb bagi kakfel ini lah marketing strategy yg paling mudah dan xkeluarkan duit...
Sebab apa kakfel kata ni tips marketing mudah,sebab nya kita minta terus dgn Allah yakni DIA yg bagi rezeki kat kita ,kita fokus hanya kepada Allah dan kita yakin Dialah yg menjadikan siapa kita...

Thursday, April 16, 2015

Bau Macam Ori

Harini Wawa nak share feedback customer tentang perfume DeXandra. Kalau nak tau, perfume DeXandra ni perfume yang diinspirasikan dari jenama-jenama terkenal seperti chanel, lancome dan gucci. Yang paling Wawa suka tentang perfume DeXandra ni semuanya EDP. Jadi tidak hairanlah kalau perfume DeXandra tahan lebih lama.

Testimoni dari Wawa sendiri, suami Wawa jenis yang suka perfume dan suka wangi. Dia sangat risau kalau orang lain boleh hidu bau badan dia. Dia akan sembur banyak setiap kali pakai perfume. Tapi selepas beberapa jam, dia dah tak bau perfume dari badan dia. Tapi orang lain masih boleh bau perfume dia. Wawa cadangkan pada dia untuk mencuba DeXandra perfume. Pada mulanya memang dia macam pandang rendah kat DeXandra. Ambil masa lama juga baru dia cuba. Bila saya tanya pendapat dia tentang DeXandra, dia cakap,

"Rimasla pakai perfume ni. Orang masih boleh bau walaupun dah petang."

Ingatkan kenpa la dia rimas, rupanya sebab DeXandra ni bagus sangat. Hehe
okla wawa tepek beberapa feedback dari pelanggan2 wawa pula ye.

Jom singgah ShiwawaPerfumeStore

Wednesday, April 15, 2015

Perfume Original Reject : Absolutely Me by Escada

Kalau anda seorang yang gemarkan bau manis dan fruity, boleh cuba Absolutely Me by Escada ni. Gerenti tak menyesal!!!
Gabungan bau vanila dan buah-buahan sememangnya gabungan yang perfect! Tapi hati-hati bila memakai perfume ni. Takut dihurung semut pula, sebab sweet sgt!!! hehe
Whatsapp saya segera!! 0177957125

Tuesday, April 14, 2015

Bulan Pertama Menjadi WAHM

Assalamualaikum..



Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya dengan semua pembaca pengalaman bulan pertama saya menjadi WAHM.

Kalau anda mengikuti perkembangan saya, pastinya anda tahu bahawa saya baru lepas bersalin, baby Firas sekarang berumur 2 bulan. Sekejap sahaja rasa masa berlalu.

Sejujurnya saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan dunia baru ni. Ada hari yang saya tak dapat nak buat kerja saya langsung. Dah tak kira macam WAHM pulak kan. Memang bukan senang jadi suri rumah dan dalam masa yang sama bekerja. Saya yang anak seorang pun dah tak terurus dirasakan, bagaimana pula WAHM yang mempunyai lebih dari seorang anak menguruskan masa mereka ya? Saya sangat respek dengan mereka.

Saya sudah sediakan jadual untuk diri sendiri, tapi tidak disiplin dan kadangkala baby Firas meragam. Itu yang menyebabkan jadual saya turut 'meragam'. Disini saya kongsikan jadual waktu saya. Mungkin ada WAHM yang lain boleh komen. Hehe..

5.30 am - 6.30 am ---->> Bangun, mandi, solat
6.30 am - 8.00 am ---->> Work
8.00 am - 10.00 am --->> Breakfast & siapkan baby Firas
10.00 am - 12.00 pm --->> Housework
12.00 pm - 2.00 pm ---->> Rest & lunch
2.00 pm - 4..00 pm ---->> Work
4.00 pm - 12.00 am ---->> Housework, mandikan firas, solat etc
12.00 am - 2.00 am ---->> Work
2.00 am - 5.30 am ----->> Sleep

Tapi biasanya saya dapat buat kerja awal pagi dan lewat malam sahaja!! Huwaaaaa Lewat malam pon kalau baby Firas dah tido. Kalau tak, tak dapatla...



Walaubagaimanapon, saya bersyukur sebab saya berpeluang menjadi WAHM. Semoga saya terus tabah, gigih dan rajin menghadapi cabaran menjadi 'Work At Home Mom'. Saya harap kawan-kawan di Akademi yang sudah menjadi WAHM sudi memberi tunjuk ajar dan sokongan. :)

Perfume Original Reject : Encounter Fresh Calvin Klein

Abang-abang sado yang nk kelihatan fresh dari pagi sampai petang, Encounter Fresh keluaran Calvin Klein ni sangat-sangat sesuai. 

Gabungan bau citrus & woody memberikan aroma yang sangat segar. Pagi-pagi kalau sembur perfume ni confirm mata terus ternbeliak..takde dah ngantuk2 nak pegi keje.. 

boleh whatsapp wawa 017-7957125

or visit

www.shiwawaperfume.com



Monday, April 13, 2015

DeXandra Perfume: Katty Perry Purr

Katty Perry Purr.



Bukan awak jer ada perfume.
Kucing pun ada perfume jugaks.
Nak wangi wangi.

Perfume ni bau seksi abis!
Ada bau vanilla.
Ada bau manis manis.

Yang suka manis manis tu boleh la try perfume ni.
Simpan dalam koleksi.

Yang nak pakai Original tapi nak murah.
Memang sesuai sangat Katty Perry Purr by Dexandra Perfumes ni.

Hanya RM65.00 jer tau.
Murah jer kan.
35ml.

Boleh letak dalam handbeg yang penting.
Bawak ke mana mana.


To order whatsapp : 0177957125

or visit Perfume Shop



Monday, April 6, 2015

Hari Pertama ber 'Cloth Diaper'

Writer : Nur Azwa Norazmi

Mama super excited harini sebab dah lama tunggu baby mama boleh pki CD ni..sejak baby dari dalam perut lagi mama dah tak sabar nak tengok baby pakai cloth diaper.

Tapi disebabkan baby mama kecil sangat, belum sesuai pakai cloth diaper. Akhirnya setelah baby mama berumur 2 bulan, baby mama dah boleh pakai cloth diaper!!

Alhamdulillah..harap-harap mama istiqamah dan rajin..hehe

Thursday, March 26, 2015

PERFUME MURAH & BERKUALITI : DEXANDRA PERFUME

[ 2000 bottle terjual x sampai sebulan ]
Alhamdulillah.. belum sampai sebulan dah terjual 2000 bottle perfumes DE'XANDRA. dalam tempoh tak sampai sebulan di lancarkan... HAPPY TAK TERKATA... walaupun dalam kebzian dengan BABY FIRAS ( my baby baru lahir ) .. walaupun banyak lagi yang perlu di susun.. walaupun banyak lagi yang perlu dibaiki...
Tapi Rezeki ALLAH ini buat saya rasa AMAT BERSYUKUR , Banyak lagi plan MARKETING yang belum dijalankan.. Tetapi Jemaah DE'XANDRA begitu dasyat..
Kami kini mempunyai 31 AGENT BERDAFTAR seluruh negara, hanya beberapa negeri lagi, PULAU PINANG, PERLIS , KEDAH & MELAKA.. masih dalam pencarian.. smile emoticon Sesiapa yang berminat nak menjadi jemaah kami ? kalo ader jangan segan silu bertanya yer..atau terus ke link
APA YANG MENARIKNYA TENTANG DEXANDRA
- wangian yang dikeluarkan sangat2 berkualiti dan ramai yang cakp boleh tahan sehingga 2 hari dibaju / seharian di badan.
- Harga nya sangt murah berbanding kualitinya.
- kajian selama 1tahun sebelum mengeluarkan produk ini ( produk kami sendiri )
- Setanding ORIGINAL PERFUMES di pasaran
- BODY MIST tak lama lagi.. yeah.. happy dah...
" kalau nak citer tak abis... hehe sebb memag best.. " Beratus testimoni dah terkumpul.. bukan cipta testimoni tau.. testimoni dari pengguna sendiri..
De'xandra Perfume
Nak order perfume? Klik sini

Saturday, March 21, 2015

Perfume Online Shop

Berita baik untuk semua pelanggan Shiwawa Perfume Store!!

Online Shop Shiwawa Perfume dah ready!! Saya sangat teruja sebab dah lama tunggu website ni ready untuk.semua customer saya.

Apa bestnya perfume online shop ni?
Memudahkan semua pelanggan dan agen melihat stok yang ada. Sebelum ni pelanggan dan agen perlu whatsapp saya untuk tanya stok. Kadang2 keesokkan hari baru saya reply. Kini tidak lagi!

Mengurangkan risiko perfume soldout semasa proses pembayaran. Ada kes, saya dh confirm perfume yang customer nak instock, tp.cust tak confirm. Tiba2 buat payment & masa tu dah soldout perfume tersebut.  First come first serve.

Menjimatkan masa. Confirm order harini, terus buat payment, insya Allah esok sampai!

Tiada masalah order tercicir sebab online shop ni membuatkan order anda lebih sistematik!

Banyakkan kebaikan perfume online shop ni?? sebab tu saya teruja sangat!!!

Apa link untuk online shop ni??

--->> www.shiwawaperfume.com

Sunday, January 4, 2015

Pregnancy : Week 31

Selamat datang 2015!!

Alhamdulillah kandungan sudah masuk minggu ke-31. Sudah tidak lama baby akan berada dalam rahim mama. Insya Allah, kita akan bertemu tak lama lagi. Ya Allah, kau berikanlah kesihatan kepadaku dan anak dalam kandunganku agar kami dapat bertemu tidak lama lagi. Permudahkanlah segala urusan kami, Ya Allah.

Ramai yang cakap perut saya besar sangat, tapi apabila saya checkup dan scan, doktor cakap ukuran bayi saya cukup sempurna seiring dengan usianya. Alhamdulillah. Biasanya orang cakap usia kandungan sudah 7 bulan dah boleh siapkan barang untuk ke hospital. Tapi saya baru je basuh baju baby. Belum packing apa-apa-lagi. Insya Allah akan dilakukan secepat mungkin.

Insya Allah 23,24 & 25 Januari 2015 saya akan menghadiri seminar di Cyberjaya. Kandungan pada masa itu, 33 minggu. Saya berharap sangat diberi kesihatan sepanjang menghadiri seminar tersebut. Harap-harap baby bersabar untuk melihat dunia. Kita pergi menuntut ilmu dahulu ye, sayang.