Sunday, January 4, 2015

Pregnancy : Week 31

Selamat datang 2015!!

Alhamdulillah kandungan sudah masuk minggu ke-31. Sudah tidak lama baby akan berada dalam rahim mama. Insya Allah, kita akan bertemu tak lama lagi. Ya Allah, kau berikanlah kesihatan kepadaku dan anak dalam kandunganku agar kami dapat bertemu tidak lama lagi. Permudahkanlah segala urusan kami, Ya Allah.

Ramai yang cakap perut saya besar sangat, tapi apabila saya checkup dan scan, doktor cakap ukuran bayi saya cukup sempurna seiring dengan usianya. Alhamdulillah. Biasanya orang cakap usia kandungan sudah 7 bulan dah boleh siapkan barang untuk ke hospital. Tapi saya baru je basuh baju baby. Belum packing apa-apa-lagi. Insya Allah akan dilakukan secepat mungkin.

Insya Allah 23,24 & 25 Januari 2015 saya akan menghadiri seminar di Cyberjaya. Kandungan pada masa itu, 33 minggu. Saya berharap sangat diberi kesihatan sepanjang menghadiri seminar tersebut. Harap-harap baby bersabar untuk melihat dunia. Kita pergi menuntut ilmu dahulu ye, sayang.

1 comment:

  1. asalam.saya orang baru dalam blog. Join la blog saya. shazwaniafiq.blogspot.com =)

    ReplyDelete