Monday, January 21, 2019

HIASI RUMAH DENGAN POKOK HIASAN

Sekarang menjadi trend ramai orang menghiasi rumah dengan pokok palsu (artificial plant). Memandangkan orang sekarang sangat sibuk dan tiada banyak masa untuk berkebun, menggunakan pokok hiasan tiruan adalah langkah yang bijak, jimat & tepat.

Anda tak perlu lagi bersusah payah menjaga pokok-pokok hiasan anda. Tidak perlu risau pokok akan layu jika hendak balik kampung lama-lama. Sebab pokok anda memang takkan layu! hehe

Pokok hiasan palsu (artificial plant) ini juga ada pelbagai gred tau.

Yang murah biasanya gred rendah. Terlalu ketara daun plastiknya. Keras kejung, tak nampak asli.

Yang mahal biasanya gred tinggi atau premium. Daunnya kelihatan sebenar daun sebenar. Kalau dilihat dari jauh pasti kita sangka itu pokok sebenar.








Tak tahu mana nak dapatkan pokok-pokok ni? Boleh klik link ni.

Jom hias rumah!

Nur Azwa
0177957125/0175517345

AGEN SAH SISFEL




Setelah beberapa minggu fikir dan timbang sana sini, akhirnya tanggal 10 Januari 2019, saya telah sah mendaftar sebagai agen Sisfel.

Ada banyak sebab sebenarnya saya membuat keputusan untuk menjadi agen sah Sisfel. Saya akan terangkan satu-satu sebab ye.

1. SISTEM YANG UNIK

Pertama kali dengar Puan Felina cerita tentang sistem Sisfel ni ada satu level sahaja tapi dalam masa yang sama kita boleh rekrut agen tetapi tak sama macam MLM. Wah, masa tu dah mula tenang memikirkan bagaimana sebenarnya sistem Sisfel ni. Sangat-sangat teruja nak tahu macam mana bentuk sistem yang team Raffelina sudah sediakan.

2. FOUNDER YANG BANYAK MEMBERI INSPIRASI

Saya sangat-sangat 'adore' dengan Puan Felinna dan Tuan Rafie. Mereka antara idola dan mentor saya dalam bisnes ni. Lagi-lagi mereka banyak mengajar tentang bisnes yang patuh syariah. Mengajak orang bisnes macam saya berbisnes sambil mengejar akhirat. Oleh itu, saya yakin produk yang bakal mereka keluarka pastinya patuh syariah. Saya boleh menjual tanpa was-was.

3. PRODUK YANG BERMANFAAT

Banyak mentor perniagaan menekankan bahawa kita berbisnes mesti dengan niat nak bantu orang. Jual produk yang memberi manfaat kepada orang lain. Sisfel mengeluarkan rangkaian produk untuk wanita. Produk-produk keluaran Sisfel merangkumi dari hujung rambut ke hujung kaki.

Antara produk keluaran Sisfel :

1. ARGANY HAIR SERUM (PRODUK UNTUK RAMBUT)

2. FELINNA HOT LOTION 
3. KRASNA ANTI-AGING SERUM (PENJAGAAN WAJAH WANITA)

4. JAMU SISFEL (PENJAGAAN DALAMAN WANITA)

Feedback yang kami dapat semuanya positif, Alhamdulillah. Jika anda berminat, boleh whatsapp saya. Saya juga sedang mencari dropship untuk produk Sisfel ni.

Hubungi saya:
017-7957125 / 017-5517345

Nur Azwa


Wednesday, January 9, 2019

Ada ke Jamu Selamat?

Wawa sebenarnya takut sangat nak makan jamu tau. Sebab ada banyak kes buah pinggang rosaklah, and pelbagai lagi side effect yang kita tak tau kan.
Tapi berbeza dengan jamu Sisfel ni, Wawa excited sangat nak cuba. Harap2 stok yang wawa order tu sampailah esok ke. Memang tak sabar sangat nak try.
kenapa Wawa tak sabar nak try? Antara sebabnya, jamu ni di R&D kan oleh UMT, oleh salah seorang profesor di situ. R&D kat universiti ni bukan cikai-cikai tau, berpuluh ribu duit digunakan untuk R&D je. So mestilah produk yang dihasilkan sangat2 berkualiti dan selamat. Sebab tu wawa confident dan tak sabar nak try.
Kalau ada friend wawa yang nak tahu lebih lanjut tentang jamu Sisfel ni, boleh pm wawa ye..wawa boleh share testimoni and mcm2 lg.

017-5517345
Wawa

#sisfel #jamumoden

Monday, December 24, 2018

TIPS SIMPAN PERFUME SUPAYA PERFUME TAHAN LAMA


Perfume ataupon minyak wangi adalah sangat sensitif. Jika kita tidak berhati-hati ketika mengendalikan perfume, boleh menyebabkan bau minyak wangi tersebut berubah atau tidak tahan lama. Saya akan kongsikan beberapa tips untuk mengendalikan perfume.

1. SIMPAN DI TEMPAT GELAP

Lebih gelap tempat penyimpanan minyak wangi adalah lebih baik. Hal ini kerana minyak wangi terdiri daripada alkohol yang sangat sensitif dengan haba. Oleh itu, carilah tempat gelap seperti di dalam almari sebagai tempat menyimpan minyak wangi.


2. JAUHKAN DARI HABA

Seperti yang saya nyatakan diatas, haba boleh menyebabkan minyak wangi rosak (berubah bau). Hal ini kerana akan berlaku tindak balas kimia apabila ada kehadiran haba. Oleh yang demikian kita perlu jauhkan minyak wangi dari haba seperti di tepi tingkap dll. Lebih elok jika disimpan di bilik yang ada penghawa dingin.

3. SIMPAN DI KAWASAN KERING

Ada sesetengah orang yang simpan minyak wangi didalam bilik air kerana mereka terus menyembur minyak wangi sejurus selepas mandi. Saya sangat menyarankan supaya minyak wangi tidak disimpan didalam bilik air. Hal ini kerana kawasan lembap akan memudahkan alkohol terurai dan merosakkan minyak wangi anda.

4. BERHATI-HATI KETIKA MENUKAR BOTOL

Ada sesetengah botol minyak wangi yang tidak mesra untuk diletakkan didalam beg. Mungkin kerana bentuk atau material botol yang mudah pecah. Oleh sebab ini, ada orang yang akan memindahkan minyak wangi mereka ke dalam botol yang lebih kecil dan lebih mudah dikendalikan.Pastikan anda memindahkan minyak wangi anda  dengan berhati-hati supaya tidak rosak. Saya cadangkan anda bertukar kepada perfume inspired yang banyak di Malaysia seperti Sugarbomb dan De'Xandra kerana botolnya lebih tahan lasak dan 'travel friendly'.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda.


Monday, December 17, 2018

TIPS BISNES : AWAS PENIAGA ONLINE! KAWAL EMOSIMU!

Sekarang ni menjadi trend surirumah menjalankan perniagaan online. Boleh dikatakan hampir semua surirumah menjalankan aktiviti perniagaan online samada sebagai dropship, agent mahupun stokis. Malah ada yang berjaya mencapai jualan sehingga 6 angka hanya dari rumah.

Dalam kesibukan surirumah menjalankan aktiviti harian dirumah seperti mengemas rumah, memasak, menjaga anak dan bermacam lagi pekerjaan dirumah, pastinya ada kala surirumah ini 'moody'.

Sebagai seorang peniaga online, bila kita moody sangat tidak bagus untuk perniagaan. Hal ini kerana boleh memberi kesan kepada perbualan kita semasa berurusan dengan bakal pelanggan. Sedar atau tidak, aura 'moody' kita dapat dirasai secara tidak langsung oleh pelanggan atau bakal pelanggan semasa kita sedang berurusan dengan mereka.

Perkara ini memberikan kesan yang tidak baik seperti pelanggan merasa kurang selesa, pelanggan merasakan kita tidak mesra dan seterusnya menyebabkan pelanggan tidak jadi hendak membeli dengan kita.

Oleh yang demikian, amat penting untuk kita sebagai peniaga online menjaga emosi. Jika tengah moody dan ada customer mesej, segera tarik nafas dan tenangkan diri sebelum membalas mesej pelanggan. Cara paling efektif untuk tenangkan diri adalah dengan cara menarik nafas dengan dalam melalui hidung dan lepaskan perlahan-lahan melalui mulut.

Kesimpulannya, sebagai peniaga online kita mesti sentiasa positif dan pandai mengawal emosi. Jika kita gagal mengawal emosi, maka perniagaan kita juga akan terganggu.


Sekian, wassalam.

Monday, December 10, 2018

PENGORBANAN ANAK PERTAMA

Baru-baru ni saya selamat melahirkan anak kedua, Muhammad Fikry. Anak pertama, yang selesa digelar Abang Firas sering membuat saya rasa bersalah. Umur Firas ketika mendapat adik 3 tahun 9 bulan. Sudah pandai berkata-kata dan berfikir ikot logik akalnya.

Selama 3 tahun 9 bulan dia seorang sahaja permata hati mama dan ayah. Sering dimanja, dilayan dan disayangi. Setiap malam mama akan tidurkan abang. 24 jam bersama mama dan ayah tak pernah terpisah kerana mama dan ayah kerja dari rumah sahaja.

Namun segalanya berubah sejak mama mengandung. Di hujung kehamilan, mama sudah tidak mampu untuk melayan kerenah abang. Mama sudah tidak larat untuk tidurkan abang. Tetapi abang sering mengalah dan seolah memahami apabila mama katakan mama tidak sihat. Abang terus terlena keseorangan.

Rupanya setelah adik lahir, situasi ini berterusan. Mama banyak menghabiskan masa dengan adik. Mama tidak lagi memeluk abang, tidak lagi menidurkan abang. Abang tetap memahami, malah sangat sayangkan adik. Abang banyak menghabiskan masa meraih kasih ayah.

Mama rasa bersalah sangat. Suatu malam,hari ke-30 selepas kelahiran adik, mama lihat abang temenung keseorangan sebelum tidur menimbulkan rasa sebak dihati mama. Mama menghampiri abang, peluk abang dan pujuk abang untuk tidur. Pada masa tu mama dapat lihat wajah kegembiraan abang dan wajah kerinduan abang setelah beberapa bulan kena tidur sendiri. Mama bertambah sebak apabila mendengar kata-kata abang,

"Mama pergilah kat adik, adik tinggal dengan ayah tu. Pergilah tidur dengan adik."

Betapa memahaminya anak mama ni. Terima kasih abang kerana selalu memahami mama walaupon mama selalu garang dengan abang.

Pada malam berikutnya, mama nak tidurkan abang lagi. Mama betul-betul sedih tengok abang tidur sorang-sorang di penjuru tilam. Mama pujuk abang untuk tidur tapi pada malam tu abang tak boleh tidur. Mungkin kerana masih awal. Tidak lama selepas itu kedengaran suaraadik mula merengek meminta susu. Mama menggesa abang segera tidur sebelum adik menangis lebih kuat. Namun sekalilagi mama terkesima dengan kata-kata abang,

" Mama pergilah kat adik. Adik nangis tu nak mama. Abang nak tidur. Mama pergilah."

Ya Allah sungguh murni hati abang. Mama coretkan disini semoga suatu hari nanti adik dan abang berpeluang membaca coretan mama ni.

Abang terima kasih menjadi anak mama yang terbaik.
Adik sayangilah abang, abang dah berkorban untuk adik seawal usia 3 tahun lagi.

Mama anak dua,
Nur Azwa

Friday, November 23, 2018

Cabaran Ibu Breastfeeding

Sudah masuk 2 minggu aku berpantang, ini bermaksud anak keduaku sudah 14 hari dan 14 hari jugaklah perjalananku menyusukan anak kedua ku.

Walaupon anak pertaama aku berjaya susukan sehingga hampir 2 tahun, namun setiap perjalanan pasti ada cabarannya kan? 

Sepatutnya hari pertama bersalin aku dah boleh keluar wad, tapi oleh kerana baby belum kencing, aku terpaksa tinggal lagi 1 malam di wad. Aku sangkakan babyku menyusu dengan cukup dan betul. Pada malam pertama anakku bangun setiap 1 jam. huhu. 

Hari kedua kami dah boleh discaj kerana anakku dah kencing. Setelah 3 hari, putingku luka teruk. Kedua-duanya luka yang teramat parah. Dan  bacaan kuning anakku pon tinggi. Maka bermulalah pencarian maklumat di Google. Terima kasih kepada ibu-ibu yang berkongsi pengalaman di dalam blog-blog mereka. 

Setelah aku baca satu-persatu, baru aku sedar bayiku tidak menghisap susu dengan cara yang betul. Oleh sebab itu putingku luka, anak kerap nangis kerana tidak puas susu dan bacaan kuning menjadi tinggi secara tidak langsung.

Setelah aku apply cara yang betul untuk menghisap susu, barulah lukaku beransur pulih, bayiku tidak menangis & bacaan kuning bayiku pon semakin menurun. Alhamdulillah...

Jadi ibu-ibu, janganlah kita over confident dengan pengalaman kita. Teruskan mencari ilmu walau sekecil apa pon hal itu. Disamping pengetahuan kita yang sedikit tu, ada banyak lagi ilmu yang kita tak tahu.

Posting seterusnya saya akan cerita tentang bagaimana saya turunkan bacaan kuning bayi saya dari 12.6 ke 6.5.

Bye!
Assalamualaikum.