Monday, December 17, 2018

TIPS BISNES : AWAS PENIAGA ONLINE! KAWAL EMOSIMU!

Sekarang ni menjadi trend surirumah menjalankan perniagaan online. Boleh dikatakan hampir semua surirumah menjalankan aktiviti perniagaan online samada sebagai dropship, agent mahupun stokis. Malah ada yang berjaya mencapai jualan sehingga 6 angka hanya dari rumah.

Dalam kesibukan surirumah menjalankan aktiviti harian dirumah seperti mengemas rumah, memasak, menjaga anak dan bermacam lagi pekerjaan dirumah, pastinya ada kala surirumah ini 'moody'.

Sebagai seorang peniaga online, bila kita moody sangat tidak bagus untuk perniagaan. Hal ini kerana boleh memberi kesan kepada perbualan kita semasa berurusan dengan bakal pelanggan. Sedar atau tidak, aura 'moody' kita dapat dirasai secara tidak langsung oleh pelanggan atau bakal pelanggan semasa kita sedang berurusan dengan mereka.

Perkara ini memberikan kesan yang tidak baik seperti pelanggan merasa kurang selesa, pelanggan merasakan kita tidak mesra dan seterusnya menyebabkan pelanggan tidak jadi hendak membeli dengan kita.

Oleh yang demikian, amat penting untuk kita sebagai peniaga online menjaga emosi. Jika tengah moody dan ada customer mesej, segera tarik nafas dan tenangkan diri sebelum membalas mesej pelanggan. Cara paling efektif untuk tenangkan diri adalah dengan cara menarik nafas dengan dalam melalui hidung dan lepaskan perlahan-lahan melalui mulut.

Kesimpulannya, sebagai peniaga online kita mesti sentiasa positif dan pandai mengawal emosi. Jika kita gagal mengawal emosi, maka perniagaan kita juga akan terganggu.


Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment