Monday, December 24, 2018

TIPS SIMPAN PERFUME SUPAYA PERFUME TAHAN LAMA


Perfume ataupon minyak wangi adalah sangat sensitif. Jika kita tidak berhati-hati ketika mengendalikan perfume, boleh menyebabkan bau minyak wangi tersebut berubah atau tidak tahan lama. Saya akan kongsikan beberapa tips untuk mengendalikan perfume.

1. SIMPAN DI TEMPAT GELAP

Lebih gelap tempat penyimpanan minyak wangi adalah lebih baik. Hal ini kerana minyak wangi terdiri daripada alkohol yang sangat sensitif dengan haba. Oleh itu, carilah tempat gelap seperti di dalam almari sebagai tempat menyimpan minyak wangi.


2. JAUHKAN DARI HABA

Seperti yang saya nyatakan diatas, haba boleh menyebabkan minyak wangi rosak (berubah bau). Hal ini kerana akan berlaku tindak balas kimia apabila ada kehadiran haba. Oleh yang demikian kita perlu jauhkan minyak wangi dari haba seperti di tepi tingkap dll. Lebih elok jika disimpan di bilik yang ada penghawa dingin.

3. SIMPAN DI KAWASAN KERING

Ada sesetengah orang yang simpan minyak wangi didalam bilik air kerana mereka terus menyembur minyak wangi sejurus selepas mandi. Saya sangat menyarankan supaya minyak wangi tidak disimpan didalam bilik air. Hal ini kerana kawasan lembap akan memudahkan alkohol terurai dan merosakkan minyak wangi anda.

4. BERHATI-HATI KETIKA MENUKAR BOTOL

Ada sesetengah botol minyak wangi yang tidak mesra untuk diletakkan didalam beg. Mungkin kerana bentuk atau material botol yang mudah pecah. Oleh sebab ini, ada orang yang akan memindahkan minyak wangi mereka ke dalam botol yang lebih kecil dan lebih mudah dikendalikan.Pastikan anda memindahkan minyak wangi anda  dengan berhati-hati supaya tidak rosak. Saya cadangkan anda bertukar kepada perfume inspired yang banyak di Malaysia seperti Sugarbomb dan De'Xandra kerana botolnya lebih tahan lasak dan 'travel friendly'.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda.


No comments:

Post a Comment