Saturday, December 27, 2014

Malaysia Dilanda Banjir 2014

Sungguh sedih rasa hati ini apabila menatap gambar-gambar banjir di Pantai Timur. Habis tenggelam semua rumah. Saya asyik memikirkan bagaimana kalau saya berada di tempat mereka? Bagaimana mahu memulakan kembali kehidupan apabila air surut nanti? 100% barang kelengkapan rumah pastinya rosak. Apakah saya punya kekuatan untuk menghadapi dugaan ini? Di saat saya menaip entry ini, diluar masih kedengaran rintik-rintik hujan. Sudah hampir tiga hari berturut-turut Bandaraya Johor Bahru dilimpahi hujan tanpa henti. Sebahagian kawasan di Johor juga sudah mula dinaiki air. Namun keadaan disini tidak seteruk saudara-saudara kita yang berada di Pantai Timur.

Saya yakin seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati dengan apa yang terjadi. Pelbagai update di Facebook, ada yang benar dan ada yang palsu. Kita sebagai pembaca haruslah rasional dan jangan percaya membuta tuli apa yang diluahkan di FB. Seperti yang saya katakan tadi, ada yang benar dan tidak kurang pula yang palsu.
Keadaan Banjir di Temerloh, Pahang
Di sebalik rasa simpati, saya ingin menegur pengguna FB. Saya tahu pasti ada yang akan berkata saya tidak berada ditempat mereka, memanglah boleh cakap je. Viral di FB tentang mangsa-mangsa yang sudah beberapa hari tidak mendapat bantuan, kekurangan makanan dan sebagainya. Mereka kemudiannya menyalahkan pihak berkuasa tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya, lambat menghantar bantuan dan sebagainya. Secara logiknya, jika mereka tahu di mana anda berada, pasti mereka akan segera menghulurkan bantuan. Namun, kita semua tahu banjir kali ini terlalu teruk, pihak-pihak yang ingin menghulurkan bantuan juga sukar mengenal pasti kedudukan sebenar mangsa-mangsa ini. Oleh itu, tidak adil jika kita menyalahkan mereka.

Bersabarlah, bantuan pasti datang. Yakinlah Allah sentiasa ada bersama kita untuk membantu dan berdoalah agar Allah akan menggerakkan hati para petugas untuk ke tempat anda bagi memberi bantuan. Saya ada juga melihat beberapa keping gambar, trak yang membawa pelbagai barangan bantuan karam sebelum sampai ke tempat yang mereka tuju. Hal ini kerana, mereka kurang arif dengan jalan-jalan dan tersasar dari landasan kerana tidak nampak jalan. Mereka sudah bergadai nyawa untuk membantu, maka sungguh tidak adil jika mereka dipersalahkan. Untuk keyboard warrior, daripada anda sibuk menyalahkan pelbagai pihak di laman sosial, adalah lebih baik anda menjadi sukarelawan dan membantu usaha-usaha murni bagi menyelamatkan mangsa banjir.

Sekian sahaja luahan hati saya untuk kali ini.

Nur Azwa
27 Disember 2014, 11:17 pm

TERJEBAK DENGAN CLOTH DIAPER

Siapa pernah dengar tentang Cloth Diaper or lampin moden ? Sejujurnya, saya pon baru tahu beberapa bulan kebelakangan ini. Pada asalnya, saya tertarik dengan Cloth Pad. Ape pula Cloth Pad ni? Hehe. Jangan pening.

Cloth Pad.


 Cloth Pad ni sejenis menstrual pad yang boleh dicuci dan dipakai semula. Biasanya respons orang sekeliling bila saya terangkan tentang Cloth Pad ni, mesti mereka buat muka jijik. Huhu.. Saya sangat tak faham kenapa mereka perlu beri respons begitu.  Sedangkan pada asalnya, nenek moyang kita pakai kain je sebagai pad. Pada zaman moden ni barulah kita gunakan pad pakai buang tu. Saya tak pasti sejauh mana kebenaran maklumat ini, tetapi saya seringkali terbaca dan terdengar bahawa bahan serapan pada pad pakai buang terdiri daripada kertas-kertas yang dikitar semula dan beberapa bahan kimia yang tidak elok. Sebab tu pad pakai buang boleh menyerap lebih banyak. Itu saya tak pasti. Yang pastinya saya cari Cloth Pad kerana kulit saya allergic jika menggunakan pad pakai buang. Oleh itu, saya mencari alternative untuk menggunakan Cloth Pad.

Sudah menjadi kebiasaan saya akan bertanya kepada ‘Encik Google’ tentang apa-apa produk yang saya berminat. Saya suka membaca pengalaman-pengalaman orang yang telah menggunakan produk tersebut sebelum saya membuat keputusan untuk membeli produk tersebut. Google punya Google terjumpalah saya dengan Cloth Diaper ni (bukan main jauh nak sampai ke tajuk utama..hehe).

Jadi pencarian Google saya pon berubah dari Cloth Pad ke Cloth Diaper. Baca puny baca, memang mencabar sungguh nak pakai cloth diaper ni. Tetapi apa yang buat saya tertarik dengan Cloth Diaper ni, ia  sangat menjimatkan sebenarnya. Pada zaman kini, tanyalah mana-mana ibu bapa pon, mereka pasti pening apabila mengira bajet untuk anak setiap bulan. Lampin pakai buang, susu tepung, bayaran untuk pengasuh, kos perubatan, itu semua seolah-olah senarai wajib untuk anak. Terfikir saya bagaimana ibubapa saya dahulu membesarkan saya. Pada masa itu, ibubapa saya tidak semewah sekarang. Mak tidak bekerja, manakala ayah pula berniaga kecil-kecilan. Bagaimana mereka mampu untuk membesarkan saya? Jawapannya mudah. Ayah tak perlu memikirkan kos untuk lampin pakai buang, susu tepung dan pengasuh. Orang dahulu pakai lampin je. Lepas cuci boleh guna semula. Tak perlu berbelanja besar setiap bulan untuk lampin pakai buang. Selain itu, saya diberi susu ibu 100% sehingga berumur 2 tahun. Jadi, tidak perlu mengeluarkan bajet besar untuk susu tepung. Pengasuh pula? Sudah tentulah mak yang menjaga saya kerana mak tidak bekerja pada masa itu.

All in One Size Cloth Diaper

Dengan adanya lampin moden, dengan pelbagai corak yang menarik, pastinya menambat hati saya untuk cuba menggunakan Cloth Diaper. Selain itu, sebagai bekas pelajar Alam Sekitar, saya sangat tertarik apabila menyedari dengan menggunakan Cloth Diaper, kita boleh membantu menyelamatkan Alam Sekitar. Selama ini saya tertanya-tanya apa yang boleh saya sumbangkan kepada Alam Sekitar kita. Kini saya boleh membantu mengurangkan pencemaran dengan menggunakan Cloth Diaper. Bagaimana? Berapa keeping lampin pakai buang yang anak kita pakai biasanya dalam sehari? 6 keping? 8 keping? 10 keping? Dalam masa setahun kita sudah menyumbang kepada berapa kilo sampah?

Cukupla dahulu sampai sini saya bercerita tentang Cloth Diaper dan Cloth Pad. Next entry saya sambung lagi ye.. J       

Monday, December 22, 2014

Pregnancy : Week 29

Alhamdulillah, kandunganku sudah masuk ke trimester ketiga. Sekarang sakit-sakit dah kurang, tapi selalu tak larat sebab overweight! huhu.. Selera makan memang tak pernah K.O, sentiasa O.k. Hari Sabtu yang lepas saya pergi ke majlis perkahwinan kawan baik saya, Nana & Azhar, ada kawan-kawan yang tak cam saya. Almaklumlah semua sudah mengembang kan.

Saya harap kandungan saya tiada masalah, cuma Hb saya rendah, 10.3. Mana la tak rendah kan, esok nak pegi check up malam ni pergi minum kopi. Cari nahas la tu. Terfikir nak makan supplement Qaseh, ada sesiapa yang ada pengalamn minum Qaseh semasa mengandung? Saya memang tertarik dengan Qaseh sebab Qaseh terdiri daripada makanan Sunnah.


Gerakan baby dah semakin kuat terasa. Seronoknya!!! Baru semalam hubby dapat rasa baby gerak sebab sebelum ni baby gerak sikit-sikit je, jadi saya seorang sahaja yang boleh rasa. Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana. Hanya mampu bersyukur Allah bagi peluang untuk saya rasa nikmat ini. Kelengkapan baby dah hampir lengkap, cuma tak sempat nak snap.

Lagi beberapa hari akan tamat 2014. Masih banyak yang saya belum capai untuk tahun ini. Harap-harap tahun depan dapat cover. hehe

Ok lah, sampai sini dulu. Ada banyak perkara saya nak kongsi, tapi belum ada kesempatan. Insya Allah saya akan sambung pada masa akan datang.

p/s: sesiapa mencari Cloth Diaper boleh klik sini --->> Cloth Diaper by Shiwawa

Tuesday, December 16, 2014

PROMOSI AKHIR TAHUN PERFUME ORIGINAL REJECT

Perhatian semua,

Shiwawa Perfume Store ada buat Year End Sale!! Kepada sesiapa yang dah lama mengidam nak dapatkan Perfume Original, tapi tak mampu, inilah masanya untuk anda dapatkan sebab harga memang murah sangat dan berbaloi-baloi. Perfume Original Reject dari kami memang 100% dijamin original dan ada "Money Back Guarantee"!!



Harga biasa bagi sebotol perfume original reject 100mL = RM160 (tidak termasuk postage dan free gift)

Harga promosi hanyalah RM130 sebotol siap free postage dan dapat 'free gift' lagi. Murah kan? Nak murah lagi? Belila 2 botol perfume original reject, hanya RM250. Pakat-pakatla share dengan suami ke, kawan office ke, adik beradik ke. Kita kena la jadi pengguna bijak kan.. Hehe

Ok, kalau ada sesiapa yang berminat, just whatsapp or mesej 017-7957125 (Wawa). Jangan segan-segan. hehe

Wednesday, December 3, 2014

Welcome December!!



Pejam celik, pejam celik, dah masuk hujung tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Azam tahun 2014 masih banyak lagi dalam pending list. Nampaknya saya perlu bawa ke tahun 2015.

Namun, azam saya untuk jadi WAHM pada tahun 2015 Insya Allah akan terlaksana jua. Jika diizinkan Allah, awal Januari nanti saya akan menghantar surat perletakan jawatan. Dapatlah berehat sebulan di rumah sebelum kahadiran si kecil. Wah, semangat Mama bila teringat si kesil yang akan menemani Mama di rumah nanti.

Saya tahu bukan mudah menjadi WAHM. Tanggungjawab menjadi berganda. Namun saya harap saya kuat menghadapi dugaan dan penyakit M lari jauh-jauh dari saya.

Sebagai persediaaN menjadi WAHM, saya perlu menyediakan ruang kecil sebagai pejabat saya. Disebabkan di rumah tiada meja yang sesuai, saya sudah menempah meja kecil untuk diletakkan di rung pejabat kecil saya. Insya Allah, sedikit demi sedikit akan saya usahakan untuk menjadikan ruang kerja saya lebih selesa.

Selain itu, saya kini sibuk menguruskan projek untuk tahun depan. Semuanya sebagai langkah persediaan untuk menjadi WAHM. Syukurlah suami sentiasa menyokong. Jika diizinkan Allah, saya akan menjual produk baru. Sekarang sedang sibuk menguruskan stok. Saya masih lagi menjual perfume, tetapi saya hanya menambah produk. Mentor, Dr Azizan sering tekankan kita perlu fokus pada satu perniagaan sahaja. Namun, saya terpaksa derhaka dan melakukan pelbagai kerja bagi menampung perbelanjaan.

Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini.


Assalamulaikum.

Nur Azwa Norazmi
017-7957125