Tuesday, December 12, 2017

APA BEZA BODY MIST & PERFUME

Anda pernah tak buntu bila nak beli perfume? Ada mcm2 jenis perfume di pasaran seperti EDP, EDT, Body Mist, Cologne dll. So harini Mak Wa nak share apa beza Body Mist & Perfume ye?

Secara fizikalnya, perbezaan ketara antara body mist & perfume ialah peratusan kandungan pati yang terdapat didalam kedua-dua jenis perfume.

Perfume mengandungi 5%-16% pati manakala body mist mengandungi kurang dr 3% pati. Oleh yg demikian, harga perfume lebih mahal berbanding body mist.

Contoh perfume EDP (Eau De Parfum)


Body mist sebenarnya berfungsi hampir sama seperti lotion namun kita tak perlu menyapu pada kulit. Cukup sekadar hanya beberapa semburan. Biasanya body mist digunakan selepas mandi utk memberikan kesegaran kpd kulit :)

Oleh kerana kandungan pati dalam body mist agak rendah, ketahanan bau untuk body mist juga agak rendah sekitar 2-3 jam sahaja. Berbanding EDP perfume yang boleh bertahan lebih dari 8 jam!


Contoh Body Mist (Eau de Fraiche)

Contoh produk bumiputera yang mengeluarkan perfume adalah DeXandra manakala Body Mist ada dikeluarkan oleh Rafaaly. Kedua-dua jenis wangian ini ada kelebihan dan peminatnya yg tersendiri.

Semoga bermanfaat!

Sebarang pertanyaan blh direct tanya Mak Wa ye :)


No comments:

Post a Comment