Tuesday, December 12, 2017

APA BEZA BODY MIST & PERFUME

Anda pernah tak buntu bila nak beli perfume? Ada mcm2 jenis perfume di pasaran seperti EDP, EDT, Body Mist, Cologne dll. So harini Mak Wa nak share apa beza Body Mist & Perfume ye?

Secara fizikalnya, perbezaan ketara antara body mist & perfume ialah peratusan kandungan pati yang terdapat didalam kedua-dua jenis perfume.

Perfume mengandungi 5%-16% pati manakala body mist mengandungi kurang dr 3% pati. Oleh yg demikian, harga perfume lebih mahal berbanding body mist.

Contoh perfume EDP (Eau De Parfum)


Body mist sebenarnya berfungsi hampir sama seperti lotion namun kita tak perlu menyapu pada kulit. Cukup sekadar hanya beberapa semburan. Biasanya body mist digunakan selepas mandi utk memberikan kesegaran kpd kulit :)

Oleh kerana kandungan pati dalam body mist agak rendah, ketahanan bau untuk body mist juga agak rendah sekitar 2-3 jam sahaja. Berbanding EDP perfume yang boleh bertahan lebih dari 8 jam!


Contoh Body Mist (Eau de Fraiche)

Contoh produk bumiputera yang mengeluarkan perfume adalah DeXandra manakala Body Mist ada dikeluarkan oleh Rafaaly. Kedua-dua jenis wangian ini ada kelebihan dan peminatnya yg tersendiri.

Semoga bermanfaat!

Sebarang pertanyaan blh direct tanya Mak Wa ye :)


Saturday, December 9, 2017

IDEA MULA BISNES

Anda nak berbisnes? tapi tak tau nak bisnes apa? jom Mak Wa kongsikan beberapa tips ye 

1. Mengikut minat
Bila kita jual apa yg kita minat, kita akan passion dengan bisnes kita walaupon byk rejection pada awlnya..kita xkan mudah give up.

2. Mencari Kelainan
Cuba cari sesuatu yg membezakan anda dngan pesaing walaupon anda jual produk yg sama. cthnya servis yg oantas, penghantaran setiap hari , rebat dll.

3. Idea yg UNIK
Two is better than one..cuba gabungkan 2 industri. cthnya, kewangan + kanak2 menghasilkan didikan kewangan utk murid sekolah.

4. Membuka peluang perniagaan.
Fikirkan perniagaan yg anda boleh tawarkan sistem agen/dropship ataupon sistem belian pukal. kita kongsi rezeki dengan lebih ramai orang.

Itu shj perkongsian Mak Wa..semoga anda jumpa dengan apa yg anda cari ❤️❤️

Tuesday, December 5, 2017

Pemberi Rezeki VS Asbab Rezeki

Pernah tak kita tertanya-tanya ttg ni:

1) selama ni kita yakin kpd Pemberi Rezeki atau kpd asbab2 rezeki?

2) siapa pemberi rezeki? Apa asbab rezeki?

confuse kan soalan ni?? siapa setuju angkat tgn..hehe

ada berjuta-juta asbab rezeki..

ada org rezekinya asbab kepintaran

ada org rezekinya asbab wajahnya

ada org rezeki dr kepetahan lidahnya

ada dr kuasa, populariti, ilmu, kemahiran, kecacatan.

Apa pula asbab rezeki kita?

Walau sebanyak manapon asbab rezeki kita, kita kena ingt

*Pemberi Rezeki cuma satu*

*Hanya Allah Pemberi Rezeki, selain Allah adalah yg diberi rezeki*

*Hanya Allah Pemberi Rezeki, selain Allah adalah penerima rezeki*

*Hanya Allah Pemberi Rezeki, selain Allah adalah asbab-asbab rezeki*

Angin, ombak, hujan, panas dan sejuk adalah ciptaan Allah.

Pokok-pokok, batu-batu, bijih2 pasir, bijih besi, bijih emas dan perak adalah ciptaan Allah.

Semua yg bernyawa atau tidak adalah ciotaan Allah.

Semua yg ada dilangit dan bumi adalah ciptaan Allah.

Semua yg ada diantara langit dan bumi juga ciptaan Allah, juga milik Allah.

Mari kita ingt ni:

*Semua ciptaan Allah tidak dapat memberi manfaat kpd ciptaan Allah yg lain tanpa izin Allah*

*Semua ciptaan Allah tidak dpt memberi mudarat kpd ciptaan Allah yg lain tanpa izin Allah*

*Segala sesuatu tidak dapat berbuat sesuatu tnpa izin Allah. Hanya Allah yg Maha Berkuasa*

kesimpulan yg Mak wa nk sampaikan harini adalah

*asbab-asbab rezeki tidak boleh mengubah rezeki kita. Rezeki kita hanya boleh diubah oleh Yang Maha Pemberi Rezeki,*

Tanya semula diri kita, siapa yg beri rezeki? bos kah? suami kah? customer kah? agen kah? dropship kah?

Mintalah kepada Yang Maha Pemberi Rezeki. Semoga kita terselamat dr golongan yg sesat. amin..

siapa dpt sesuatu harini..say "Alhamdulilah"

Kredit to: MMR2