Tuesday, April 14, 2015

Bulan Pertama Menjadi WAHM

Assalamualaikum..



Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya dengan semua pembaca pengalaman bulan pertama saya menjadi WAHM.

Kalau anda mengikuti perkembangan saya, pastinya anda tahu bahawa saya baru lepas bersalin, baby Firas sekarang berumur 2 bulan. Sekejap sahaja rasa masa berlalu.

Sejujurnya saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan dunia baru ni. Ada hari yang saya tak dapat nak buat kerja saya langsung. Dah tak kira macam WAHM pulak kan. Memang bukan senang jadi suri rumah dan dalam masa yang sama bekerja. Saya yang anak seorang pun dah tak terurus dirasakan, bagaimana pula WAHM yang mempunyai lebih dari seorang anak menguruskan masa mereka ya? Saya sangat respek dengan mereka.

Saya sudah sediakan jadual untuk diri sendiri, tapi tidak disiplin dan kadangkala baby Firas meragam. Itu yang menyebabkan jadual saya turut 'meragam'. Disini saya kongsikan jadual waktu saya. Mungkin ada WAHM yang lain boleh komen. Hehe..

5.30 am - 6.30 am ---->> Bangun, mandi, solat
6.30 am - 8.00 am ---->> Work
8.00 am - 10.00 am --->> Breakfast & siapkan baby Firas
10.00 am - 12.00 pm --->> Housework
12.00 pm - 2.00 pm ---->> Rest & lunch
2.00 pm - 4..00 pm ---->> Work
4.00 pm - 12.00 am ---->> Housework, mandikan firas, solat etc
12.00 am - 2.00 am ---->> Work
2.00 am - 5.30 am ----->> Sleep

Tapi biasanya saya dapat buat kerja awal pagi dan lewat malam sahaja!! Huwaaaaa Lewat malam pon kalau baby Firas dah tido. Kalau tak, tak dapatla...



Walaubagaimanapon, saya bersyukur sebab saya berpeluang menjadi WAHM. Semoga saya terus tabah, gigih dan rajin menghadapi cabaran menjadi 'Work At Home Mom'. Saya harap kawan-kawan di Akademi yang sudah menjadi WAHM sudi memberi tunjuk ajar dan sokongan. :)

No comments:

Post a Comment