Tuesday, April 28, 2015

Car Boot Sale

Bismillahirrahmanirrahim....

Siapa pernah dengar tentang 'car boot sale'? Car boot sale ni orang melayu panggil jualan buka bonet. Sekarang saya bersama suami merancang untuk mengikuti jualan buka bonet atau 'car boot sale' di sekitar Johor Bahru.

Car Boot Sale (gambar dari Google)
Kenapa saya mahu sertai 'Car Boot Sale' ni?

1. Saya menjual minyak wangi (perfume). Ramai pelanggan yang meminta untuk cuba bau dahulu, baru beli. Terlalu ramai pelanggan yang bertanya begitu. Maka saya fikir sudah tiba masanya untuk saya terlibat dengan cara 'offline' pula.

2. Apabila menyertai 'Car Boot Sale' (CBS) ni, lebih senang pelanggan berjumpa dengan saya. Kerana ramai juga pelanggan yang lebih suka COD (Cash on delivery). Bukan semua orang percaya dan suka berbelanja secara atas talian (online).

3. Saya kini aktif memperkenalkan DeXandra kepada para pelanggan. DeXandra merupakan produk baru. Jadi pelanggan lebih selesa jika mereka dapat mencuba secara fizikal sebelum membuat keputusan untuk membeli.

DeXandra Perfume


4. Saya mahu lebih ramai warga Johor Bahru mengenali perniagaan saya. :)


CBS mana yang akan saya sertai?

Ada beberapa CBS yang berada dalam senarai saya. Antaranya:

1. CBS Mydin Taman Rinting
2. CBS Pasir Gudang
3. CBS RnR Pandan
4. CBS Nusa Idaman, Nusajaya
5. CBS Peladang

Saya perlu memilih salah satu sahaj kerana semua CBS pada hari yang sama, iaitu setiap Jumaat dan Sabtu malam.

Semoga rezeki kami sekeluarga semakin bertambah selepas ini. Saya percaya Allah akan bagi kita rezeki dimana-mana asalkan kita berusaha. :)


Nak beli perfume?
Whatsapp saya 017-7957125
or terus ke online shop saya.

2 comments:

  1. as salam sis..ok ke ya cbs lokasi pasir gudang tu..byk dpt sambutan tak..mcm nak try gak la..

    ReplyDelete
  2. askum nak join cbs ni macamner ade no contact x

    ReplyDelete