Friday, November 23, 2018

BABY 11.11.18

Di saat semua orang sibuk dengan sale 11.11 yang di jalankan oleh Shopee & Lazada, aku bertarung menahan sakit untuk melahirkan putera kedua kami. 

Alhamdulillah...

Pada jam 9:24 pagi aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.26kg.

Walaupon ini kelahiran kedua, tetapi aku merasakan seperti pengalaman pertama merasa sakit contraction serta bertarung nyawa semasa meneran baby. hehe. Patutlah ramai wanita yang cakap serik nak bersalin lagi sebab kesakitan tu sangat2 sakit.

Semasa melahirkan anak pertama, sakit contraction aku tak rasa sangat sebab aku bersalin secara induce. Selama hampir 12 jam menahan sakit kerana induce sehingga aku tak rasa sakit contractio, sakit meneran & sakit luka dijahit. 

Alhamdulillah kali kedua ni dapat rasa semua tu. Terus rasa macam tak nak bersalin lagi. Tapi biasalah wanita, cepat lupa. InsyaAllah kalau anda tanya lagi 1-2 tahun lagi pasti jawapannya berbeza. hehe

Sebenarnya aku baru nak mula menulis setelah 2 tahun tinggalkan bidang penulisan ni. Semoga aku istikhomah. 

Jumpa lagi semua. bye!

Assalamualaikum..

Nur Azwa
Usahawan online
017-7957125

No comments:

Post a Comment