Monday, September 8, 2014

Jana Pendapatan Dengan Dropship


Pernah dengar tentang dropship? Konsep dropship kini sudah semakin dikenali. Mungkin juga ada sesetengah pihak yang kurang memahami konsep perniagaan bersasaskan dropship ni. Bagi pendapat saya, konsep dropship ni masyarakat kita dah lama amalkan tetapi tidak dipanggil ‘dropship’. Konsep ini dipanggil ‘dropship’ hanya dalam dunia perniagaan online. Bagi perniagaan offline, nama lain digunakan walaupun konsepnya hampir sama.

Anda biasa membeli dengan Avon, Tupperware, Satinni? Konsep yang digunakan hampir sama. Anda hanya diberikan katalog barangan jualan tanpa produk sebenar. Daripada katalog itu, anda akan ‘order’ dengan dealer yang diiktiraf. Ada dealer yang meminta duit dahulu (mungkin dealer tidak mempunyai modal yang mencukupi), ada juga dealer yang meminta bayaran selepas barangan diterima oleh pembeli, da nada juga dealer yang memberi peluang untuk pembeli membeli secara berhutang.


Konsep yang sama juga digunakan dalam sistem dropship.  Ada dealer yang akan promosikan barangan dari supplier, dan pembeli akan membayar kepada dealer. Baiklah saya akan terangkan lebih terperinci tentang sistem dropship ni. Dealer juga disebut sebagai ‘reseller’.

Reseller akan mempromosikan produk dari ‘dropshipper’ (supplier) melalui facebook, twitter, mudah.my, forum, dan pelbagai medium elektronik. Pembeli (buyer) yang berminat akan menghubungi reseller dan reseller akan memberikan harga jualan kepada pembeli. Pembeli membayar harga jualan kepada reseller, reseller akan membayar harga agen kepada dropshipper dan dropshipper akan pos barangan kepada pembeli.

Kita buat contoh menggunakan angka pula ya.

Pembeli membeli barang berharga RM100 (termasuk kos pos)
Harga agen (reseller akan bayar kepada dropshipper) RM60
RM100 – RM60 =RM40
RM40 adalah untung bersih reseller.

Apa kelebihan dropship?
1.      
     Saya tahu ramai yang nak berniaga tetapi takut akan risiko dan tiada mdal. Saya juga macam ni dahulu. Sistem dropship sangat sesuai kepada sesiapa yang mahu berniaga tetapi mempunyai dilema seperti saya. Hal ini kerana melalui sistem dropship anda tidak perlu menyimpan stok dan mengeluarkan modal yang banyak untuk dijadikan stok. Semua stok akan di sediakan oleh supplier ataupon drpshipper.

2.       Anda tidak perlu bersusah payah untuk membungkus barangan pembeli untuk dipos, ataupun keluar untuk menghantar barangan kepada pembeli. Semua urusan penghantaran akan dilakukan oleh supplier (dropshipper).
3.       
      Anda tidak perlu berjumpa pembeli untuk menjual barangan anda. Anda hanya memerlukan talian internet dan semua urusan hanya dilakukan  di atas talian.

4.       Kemungkinan untuk ditipu sangat rendah. Hal ini kerana urusan pembayaran dilakukan dahulu sebelum proses penghantaran dilakukan. Reseller perlu memastikan pembeli membuat bayaran sebelum melakukan pembayaran ke supplier (dropshipper).

     Saya harap dengan penerangan saya diatas, anda faham serba sedikit tentang dropship. Sistem dropship sangat sesuai untuk sesiapa yang mahu menjana pendapatan sampingan terutama sekali kepada surirumah dan wanita bekerjaya. Hal ini kerana anda hanya perlu melakukan proses penjualan di atas talian dan tidak mengganggu aktiviti harian anda. Selain itu, tiada modal diperlukan, selain laptop (atau smartphone) dan talian internet!

      Jadi, kepada sesiapa yang masih mencari-cari cara untuk menambah pendapatan, cubalah menjadi reseller dalam sistem dropship. Saya juga ada buka peluang untuk sesiapa yang berminat menjadi agen dropship perfume original. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

     Nur Azwa Binti Norazmi
     017-7957125
   Shiwawa Perfume Store

No comments:

Post a Comment