Wednesday, September 10, 2014

Pengalaman Menjadi Home Tutor

Sejujurnya, guru bukanlah profesion pilihan saya. Ingin saya tegaskan disini, saya bukan guru, saya hanya buat kerja sambilan sebagai guru tuisyen. Dahulu, saya sangat yakin saya tak mampu nak mendidik pelajar saya. Oleh sebab itu, tak pernah terlintas di hati untuk menjadi seorang guru.

Namun kerana desakan kewangan pada masa itu, saya terjebak menjadi guru tuisyen. Semuanya bermula semasa saya menyambung pelajaran pada peringkat Master. Oleh kerana kelas untuk pengajian saya hanya pada hujung minggu, dan saya berjauhan dari keluarga (saya menetap di Nilai pada masa itu), saya perlu mencari sedikit wang untuk membayar sewa bilik dan belanja harian. Saya terjumpa sebuah pusat tuisyen yang memerlukan guru tuisyen pada sebelah malam. Tanpa berfikir panjang saya terus memohon untuk mengajar subjek Sains, Matematik, Matematik Tambahan dan Kimia. Namun, sebenarnya saya hanya yakin untuk mengajar matematik dan matematik tambahan. Memandangkan masa tu hanya memikirkan duit, saya teruskan juga.

Setelah sebulan, saya sedar, saya memang tak boleh mengajar subjek Sains, saya anya tumpukan pada Matematik dan Matematik Tambahan. Tapi sayang, jodoh saya di pusat tuisyen berkenaan tidak lama. Saya mendapat tawaran kerja sebagai Chemist di Johor Bahru. Maka saya jadi weekend student. Setiap sabtu pagi saya akan manaiki bas ke UPM. dan pulang pada hari Ahad malam dan bekerja seperti biasa pada hari Isnin. Gigihnya saya pada masa itu. Saya lupakan sebentar tentang guru tuisyen. Setelah setahun bekerja, kelas juga semakin berkurang, saya mengambil keputusan untuk mengajar semula. Kali ini tujuan saya mengajar untuk mencari duit tambahan untuk perkahwinan saya. Selepas membuat iklan, jiran saya menawarkan yuran yang agak lumayan untuk mengajar anaknya subjek Sains dan Matematik.

Saya menerima tawaran tersebut, dan bermulalah peranan saya sebagai private home tutor anak jiran saya. Pelajar saya kali ini merupakan seorang pelajar lelaki yang sangat nakal dan tidak minat pada pelajaran. Ya Allah, masa mula-mula mengajar, saya perlu banyak bersabar. Walaupun pelajar saya sudah memasuki Tingkatan 4 pada masa itu, saya perlu mengajar semula daripada asas. Alhamdulillah, dia dapat mengikuti apa yang saya ajar. Tinggal lagi beberapa hari sahaja dia akan mengambil SPM. Saya sebagai guru sangat risau. Saya harap dia dapat berikan yang terbaik.

Update: Alhamdulillah pelajar saya terima result yang agak baik dan tiada subjek yang gagal. Dah selamat sambung belajar pon. Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment